Cadangan Rosyam Ditempelak Mufti Pulau Pinang

Cadangan Rosyam Ditempelak Mufti Pulau Pinang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cadangan Rosyam Ditempelak Mufti Pulau Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cadangan Rosyam Ditempelak Mufti Pulau Pinang
link : Cadangan Rosyam Ditempelak Mufti Pulau Pinang

Baca juga


Cadangan Rosyam Ditempelak Mufti Pulau Pinang

GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menempelak cadangan pelakon, Datuk Rosyam Noor, berhubung wujud keperluan pusat pelacuran bagi warga asing melepaskan nafsu.

Cadangan itu, katanya, tidak akan membantu mengurangkan kes rogol membabitkan warga asing, sebaliknya mengundang lebih banyak masalah kepada negara.

Mengulas lanjut, beliau berkata mewujudkan rumah pelacuran di negara ini amat bercanggah kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang menobatkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaannya.

"Saya amat terkejut dengan saranan seorang pelakon beragama Islam supaya disediakan rumah pelacuran bagi pekerja asing di negara ini.

"Saranan sedemikian jelas satu galakan kepada perbuatan maksiat dan kita yakin semua masyarakat Islam tahu bahawa zina adalah suatu jenayah yang boleh mengakibatkan kerosakan besar kepada individu, keluarga dan masyarakat.

"Al-Quran melarang keras perbuatan zina serta menganggapkannya suatu amalan yang keji (fahisyah) dan jalan paling buruk yang dilalui oleh manusia di dalam kehidupan ini," katanya melalui kenyataan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan pandangan peribadi Rosyam yang bersetuju dengan kewujudan rumah pelacuran di negara ini.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berasakan perkhidmatan itu dapat membantu mengurangkan kes rogol melibatkan warga asing yang semakin meningkat.

Wan Salim berkata, cadangan itu seolah-olah menggalakkan maksiat di negara ini sedangkan ramai dalam kalangan pekerja asing itu terdiri kalangan yang beragama Islam.

Malah, katanya ia juga tidak boleh menjamin rakyat negara ini termasuk mereka beragama Islam tidak akan menjadi pelanggan rumah pelacuran dimaksudkan.

"Tiada agama menyukai penganutnya terjerumus perbuatan keji yang merosakkan akidah dan pekerja bukan beragama Islam sekalipun tidak sepatutnya digalakkan kepada perbuatan hina itu.

"Sepatutnya kita sama-sama membantu ke arah kebaikan dan keluhuran budi pekerti serta mengingatkan pekerja asing tentang bahaya membabitkan diri dalam perlakuan seperti ini berikutan kesan buruknya ke atas semua pihak.

"Pekerja asing perlu dimaklumkan tentang hakikat ini dan mereka mestilah menghormati perlembagaan dan undang-undang negara yang memberi peluang kepada mereka mencari rezeki," katanya - BH


Demikianlah Artikel Cadangan Rosyam Ditempelak Mufti Pulau Pinang

Sekianlah artikel Cadangan Rosyam Ditempelak Mufti Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cadangan Rosyam Ditempelak Mufti Pulau Pinang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/cadangan-rosyam-ditempelak-mufti-pulau.html

Subscribe to receive free email updates: