PN Rasuah Agong RM1 Bilion Itu Fitnah..

PN Rasuah Agong RM1 Bilion Itu Fitnah.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PN Rasuah Agong RM1 Bilion Itu Fitnah.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PN Rasuah Agong RM1 Bilion Itu Fitnah..
link : PN Rasuah Agong RM1 Bilion Itu Fitnah..

Baca juga


PN Rasuah Agong RM1 Bilion Itu Fitnah..

KUALA LUMPUR: Tuduhan bahawa Perikatan Nasional (PN) merasuah Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan adalah fitnah melulu yang jelek, keterlaluan dan tidak masuk akal.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata fitnah jahat itu disambut pula oleh beberapa tokoh Pakatan Harapan (PH) termasuk yang berjawatan dalam kerajaan.


"Saya percaya mereka yang membuat dan menyebar fitnah ini melakukan kesalahan berat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

"Laporan polis telah dibuat oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung PN supaya mereka yang berkenaan disiasat dan diambil tindakan tegas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin juga mengingatkan pemimpin PH supaya tidak mengheret institusi Raja Berperlembagaan dalam taktik fitnah politik yang amat jahat dan kotor.


"Janganlah memfitnah orang lain semata-mata untuk menutup pekung kelemahan dan kegagalan diri sendiri.

"Malaysia mempunyai peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan cara-cara serta kaedah yang sah dalam pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan.

"Perlembagaan Persekutuan membenarkan sebuah kerajaan dibentuk sama ada melalui pilihan raya atau di luar pilihan raya, iaitu apabila atas apa jua sebab Perdana Menteri meletakan jawatan.

"Peruntukan perlembagaan ini mestilah dipatuhi dalam menentukan sebarang pembentukan atau pertukaran kerajaan," katanya.


Kelmarin, Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Azman Abidin meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan mengatakan seorang pemimpin PN terbabit dalam cubaan merasuah individu berpengaruh dan Ahli Parlimen untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Dakwaan itu yang disiarkan sebuah blog mendakwa pemimpin PN yang juga seorang Ahli Parlimen, telah menyediakan dana RM1 bilion untuk memberi rasuah kepada Ahli Parlimen kerajaan agar menarik balik sokongan terhadap perdana menteri - BH


Demikianlah Artikel PN Rasuah Agong RM1 Bilion Itu Fitnah..

Sekianlah artikel PN Rasuah Agong RM1 Bilion Itu Fitnah.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PN Rasuah Agong RM1 Bilion Itu Fitnah.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/pn-rasuah-agong-rm1-bilion-itu-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates: