Rasuah RM6 Juta : Sanusi Pula Ke Pejabat SPRM

Rasuah RM6 Juta : Sanusi Pula Ke Pejabat SPRM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah RM6 Juta : Sanusi Pula Ke Pejabat SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah RM6 Juta : Sanusi Pula Ke Pejabat SPRM
link : Rasuah RM6 Juta : Sanusi Pula Ke Pejabat SPRM

Baca juga


Rasuah RM6 Juta : Sanusi Pula Ke Pejabat SPRM

 


PUTRAJAYA: Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sekali lagi menjadi tumpuan hari ini apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir untuk diambil keterangan berhubung dakwaan rasuah berkait persatuan boleh sepak negeri.

Kenderaan dipercayai membawa Muhammad Sanusi dilihat memasuki ibu pejabat suruhanjaya itu jam 8.30 pagi dan ketika ini proses rakaman percakapan masih berlangsung. BH sedang mendapatkan pengesahan SPRM berhubung perkara terbabit.


Semalam, media melaporkan SPRM akan memanggil Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu untuk membantu siasatan dakwaan rasuah lebih RM6 juta membabitkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Difahamkan, siasatan dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang dijanjikan mendapat projek di negeri di Kedah sekiranya menyalurkan dana kepada persatuan bola sepak berkenaan.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi sebelum ini mendakwa beliau adalah sasaran sebenar pihak tertentu di sebalik plot dakwaan rasuah dalam KFA, sedangkan dakwanya ada pihak lain sepatutnya dikenakan tindakan dan bukan empat individu ditahan SPRM.

Presiden KFA itu mendakwa, penahanan empat individu termasuk ketua pegawai eksekutif persatuan bola sepak itu sebelum ini hanya sebagai 'aksesori' untuk mengada-adakan kes bagi menganiaya mereka, seterusnya membina naratif buruk terhadap Kerajaan Kedah di bawah pentadbirannya.


Semalam, SPRM memanggil isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, iaitu Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid serta dua anaknya, Muhammad Amin Zainuddin dan Muhammad Amir Zainuddin bagi dirakamkan keterangan.

Ketiga-tiga individu itu dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan di luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Daim.

Satu notis diserahkan kepada Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun tahun lalu, manakala notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga diserahkan kepada ahli keluarga beliau.

Siasatan terhadap Daim bermula Februari 2023 berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora.


Bagaimanapun Daim dilapor menafikan beliau dan keluarganya terbabit dalam rasuah atau sebarang salah laku, sebaliknya mendakwa siasatan terhadapnya bermotifkan politik.

SPRM pula menegaskan dakwaan Daim bahawa siasatan itu menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada masyarakat umum sebagai tidak tepat.

Selain itu, SPRM juga sudah merakamkan keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana RM700 juta yang dibelanjakan untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu - BH


Demikianlah Artikel Rasuah RM6 Juta : Sanusi Pula Ke Pejabat SPRM

Sekianlah artikel Rasuah RM6 Juta : Sanusi Pula Ke Pejabat SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah RM6 Juta : Sanusi Pula Ke Pejabat SPRM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/rasuah-rm6-juta-sanusi-pula-ke-pejabat.html

Subscribe to receive free email updates: