Daim Zainudin Dianiaya Hanya Kerana Kaya Kata Isterinya

Daim Zainudin Dianiaya Hanya Kerana Kaya Kata Isterinya - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Daim Zainudin Dianiaya Hanya Kerana Kaya Kata Isterinya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Daim Zainudin Dianiaya Hanya Kerana Kaya Kata Isterinya
link : Daim Zainudin Dianiaya Hanya Kerana Kaya Kata Isterinya

Baca juga


Daim Zainudin Dianiaya Hanya Kerana Kaya Kata Isterinya

PUTRAJAYA: Isteri Tun Daim Zainudin mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaannya sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biarpun sebelum menyertai kerajaan.

Isteri Daim, Toh Puan Naimah Khalid, mendakwa disebabkan kejayaan itu, ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.

"Kini, sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi dijalankan bagi memberi gambaran bahawa beliau seorang yang korup semata-mata kerana sangat kaya.

"la sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan terlepas daripada tuduhan sedemikian," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di pekarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Daim yang juga bekas Menteri Kewangan sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.


Terdahulu, Naimah bersama dua anaknya Muhammed Amin serta Muhammed Amir tiba di ibu pejabat SPRM pada jam 10.10 pagi untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan rasuah terhadap suaminya.

Mengulas lanjut, Naimah berkata, sebagai sebuah negara yang bebas dan mengamalkan demokrasi, tidak menjadi kesalahan untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan industri sehingga mengecap kekayaan.

Malah, katanya ia menguntungkan negara melalui pembangunan membina ekonomi dan peluang pekerjaan.

"Lebih penting lagi, jawatan Perdana Menteri tidak seharusya digunakan untuk mencemar nama baik individu melalui sindiran dan tuduhan kononnya mengenai salah laku ataupun digunakan untuk menyelesaikan pertelingkahan politik lampau.

"Inilah yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang beberapa kali kebelakangan ini mendakwa suami saya memiliki kekayaan haram, tanpa memberikan sedikit pun bukti," katanya.

Beliau berkata, biarpun Perdana Menteri tidak menyukai Daim, tetapi beliau seharusnya menghormati prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya di mahkamah.

"Apakah di Malaysia hari ini, apa-apa andaian yang terbit dari pentas buli Perdana Menteri sudah cukup untuk menghukum seseorang? Hari ini keluarga saya, esok lusa siapakah lagi akan menjadi mangsa?. "Walau apa pun, kami memberikan kerjasama kepada SPRM seperti yang dikehendaki undang-undang, walaupun kami tetap mempersoalkan motif siasatan kerana kami tahu kami akhirnya akan dibuktikan tidak bersalah," katanya.


Bulan lalu, SPRM turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai, di sini, yang dikatakan milik keluarga Daim.

Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cendera mata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen - BH


Demikianlah Artikel Daim Zainudin Dianiaya Hanya Kerana Kaya Kata Isterinya

Sekianlah artikel Daim Zainudin Dianiaya Hanya Kerana Kaya Kata Isterinya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Daim Zainudin Dianiaya Hanya Kerana Kaya Kata Isterinya dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/daim-zainudin-dianiaya-hanya-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: