Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Dijangka Umumi Minggu Ini

Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Dijangka Umumi Minggu Ini - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Dijangka Umumi Minggu Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Dijangka Umumi Minggu Ini
link : Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Dijangka Umumi Minggu Ini

Baca juga


Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Dijangka Umumi Minggu Ini

 


PUTRAJAYA: Lembaga Pengampunan dijangka membuat pengumuman rasmi pada minggu ini berhubung permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan pengampunan selepas disabitkan kesalahan atas pertuduhan rasuah dan dihukum penjara 12 tahun.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Hari Wilayah Persekutuan (HWP) 2024, di sini, hari ini.


"Insya-Allah, minggu ini akan diumumkan," katanya ringkas ketika menjawab soalan pemberita.

Ditanya kenapa masa lama diambil untuk mengeluarkan keputusan itu pula, Dr Zaliha berkata, beliau mahu semua pihak bersabar dan menunggu hingga kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan.

"Sabar, sabar dan yakin, tunggu kenyataan dikeluarkan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan isu keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri itu ada dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata mesyuarat Jemaah Menteri ada dimaklumkan mengenai perkara itu tetapi 'sepintas lalu' saja.

Malah, Saifuddin Nasution menjelaskan, Kabinet tiada bidang kuasa untuk mengumumkan keputusan Lembaga Pengampunan itu.

Lembaga Pengampunan yang bersidang pada Isnin lalu dilaporkan sudah membuat keputusan mengenai permohonan Najib tetapi hingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan.


Media Singapura, Channel News Asia (CNA), sebelum ini melaporkan hukuman penjara 12 tahun ke atas bekas Perdana Menteri itu atas pertuduhan rasuah, dikurangkan kepada enam tahun oleh Lembaga Pengampunan selepas mesyuaratnya pada Isnin lalu.

Dengan memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan, CNA mendakwa, keputusan Lembaga Pengampunan yang diketuai Yang di-Pertuan Agong ketika itu juga termasuk pengurangan denda RM210 juta (AS$44.4 juta) kepada jumlah yang tidak ditentukan.

Menurut tiga sumber berasingan yang bercakap dengan syarat kerahsiaan ketat itu, pengampunan separa diraja atas pembabitannya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dibuat selepas menjalani hukuman penjara kurang dua tahun.

Pengurangan tempoh hukuman itu bermakna Najib dijangka menyelesaikan hukumannya pada Ogos 2028.

Bagaimanapun dengan parol untuk berkelakuan baik, beliau boleh dibebaskan pada Ogos 2026 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman penjara baharu - BH


Demikianlah Artikel Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Dijangka Umumi Minggu Ini

Sekianlah artikel Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Dijangka Umumi Minggu Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengampunan Najib: Lembaga Pengampunan Dijangka Umumi Minggu Ini dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/02/pengampunan-najib-lembaga-pengampunan.html

Subscribe to receive free email updates: