Kerusi PAS Milik Amanah?..

Kerusi PAS Milik Amanah?.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerusi PAS Milik Amanah?.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerusi PAS Milik Amanah?..
link : Kerusi PAS Milik Amanah?..

Baca juga


Kerusi PAS Milik Amanah?..


Kerusi yang ditandingi PAS adalah milik Amanah, isytihar timbalan presidennya, Salahuddin Ayub selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengintai kerusi yang dimenangi parti Islam pada PRU13 lepas.

Salahuddin menambah pihaknya bagaimanapun sudi membincangkan kerusi yang diinginkan parti Melayu baharu itu.

“Berkenaan apa yang dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, kita mengharapkan supaya parti Bersatu cepat diluluskan pendaftarannya.

“Bila telah ada aktiviti parti itu, kita bersedia untuk duduk semeja berbincang tentang hasrat Tan Sri Muhyiddin,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian apabila ditanya samada ruang untuk Amanah bertanding semakin mengecil selepas Muhyiddin mengumumkan pihaknya mengintai dan mengenalpasti kerusi milik PAS dan PKR yang sesuai ditandingi Bersatu pada PRU14 nanti.

Dalam pilihan raya lepas, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan 85 kerusi DUN daripada 73 kerusi Parlimen dan 236 kerusi DUN yang ditandinginya.

Sebahagian besar pimpinan Amanah merupakan bekas ahli PAS yang tewas dalam pemilihan parti 4 Jun tahun lalu.

Amanah kini mempunyai enam ahli Parlimen dan enam ahli DUN. Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan Amanah terbabit dalam perlawanan tiga penjuru melawan PAS dan BN.

Manakala Bersatu sebahagiannya terdiri daripada bekas ahli Umno yang memberontak terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu berhasrat untuk menyertai PRU14 bersama Pakatan Harapan (DAP-PKR-Amanah), Gagasan (PAS-Ikatan), Saksama (5 parti Malaysia Timur, 1 parti Malaysia Barat), PSM dan BN... laporan penuh silalah baca di SINI

Hmm.. bagi akulah.. AMANAH sepatutnya memperkukuhkan dulu akar umbinya sebelum berkeras mahu bertanding disemua kawasan yang ditandingi PAS..

Aku kata macam tu sebabnya.. yang aku nampak ialah AMANAH ni kebanyakkannya pemimpin saja.. ahli masih mengharap dengan apa yang digelar mereka sebagai 'Harum Manis' dalam PAS..

Jangan harap sangatlah mereka tu.. kalau benar mereka nak menyokong, mereka dah keluar PAS masuk AMANAH dah pun..

Buat yang tak faham apa menatangnya yang dikatakan 'Harum Manis' tu.. 'Harum Manis' ni ialah ahli-ahli PAS yang didakwa oleh ramai pemimpin AMANAH sebagai penyokong mereka yang berada dalam PAS, kononnya depa kata kat luar warna Hijau.. tapi dalam warna Oren..




Demikianlah Artikel Kerusi PAS Milik Amanah?..

Sekianlah artikel Kerusi PAS Milik Amanah?.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerusi PAS Milik Amanah?.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/kerusi-pas-milik-amanah.html

Subscribe to receive free email updates: