Nawawi Tak Ikhlas Minta Maaf, Kata PERKASA

Nawawi Tak Ikhlas Minta Maaf, Kata PERKASA - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nawawi Tak Ikhlas Minta Maaf, Kata PERKASA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nawawi Tak Ikhlas Minta Maaf, Kata PERKASA
link : Nawawi Tak Ikhlas Minta Maaf, Kata PERKASA

Baca juga


Nawawi Tak Ikhlas Minta Maaf, Kata PERKASA


Memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah ‘Malaysian Official 1' atau ‘MO1" bukanlah perkara utama.

Sebaliknya, Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata, apa yang menjadi persoalannya kini adalah sejauh mana Yang di-Pertuan Agong akan memaafkan Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad. “Nawawi ini amat biadap, mohon ampun atau tidak perkara nombor dua tapi kita nak tahu juga sama ada Yang di-Pertuan Agong maafkannya atau tidak,” tegas Irwan. Apatah lagi, menurut Irwan, permohonan maaf yang dibuat Nawawi itu jelas tidak ikhlas. “Selepas ditempelak, baru beliau nak minta jadi kita tengok keikhlasannya tak ada. “Ini satu perkara yang amat biadap, Yang di-Pertuan Agong ketua negara jadi tak seharusnya beliau sebagai anggota parlimen yang dilantik secara demokrasi berbuat begitu,” kata Irwan. Nawawi dalam satu kenyataan semalam memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah ‘MO1’ di laman sosial minggu lalu. Katanya, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Yang di-Pertuan Agong tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan pemahaman lain daripada apa yang cuba dinyatakannya. Mengulas lanjut, Irwan berkata, apa yang dilakukan oleh Nawawi itu tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, Nawawi, seorang anggota parlimen dan sudah menjadi keutamaan beliau untuk menghormati Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara, kata Irwan. “Perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan langsung. Sepatutnya Nawawi lebih berhati-hati dan jangan ingat sebagai anggota parlimen, beliau kebal. “Beliau hanya kakitangan awam sahaja, jadi, jangan biadap. “Beliau anggota parlimen bukan mutlak, esok kalau menang pilihan raya jadilah anggota parlimen dan kalau tak, duduklah Langkawi itu saja,” kata Irwan.


Demikianlah Artikel Nawawi Tak Ikhlas Minta Maaf, Kata PERKASA

Sekianlah artikel Nawawi Tak Ikhlas Minta Maaf, Kata PERKASA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nawawi Tak Ikhlas Minta Maaf, Kata PERKASA dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/nawawi-tak-ikhlas-minta-maaf-kata.html

Subscribe to receive free email updates: