PEMBANGKANG BERPECAH : WAN AZIZAH ATAU MUHYIDDIN YASSIN..

PEMBANGKANG BERPECAH : WAN AZIZAH ATAU MUHYIDDIN YASSIN.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMBANGKANG BERPECAH : WAN AZIZAH ATAU MUHYIDDIN YASSIN.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Berita, Artikel Fakta, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel Politik, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMBANGKANG BERPECAH : WAN AZIZAH ATAU MUHYIDDIN YASSIN..
link : PEMBANGKANG BERPECAH : WAN AZIZAH ATAU MUHYIDDIN YASSIN..

Baca juga


PEMBANGKANG BERPECAH : WAN AZIZAH ATAU MUHYIDDIN YASSIN..

Sungguh memalukan! Parti pembangkang semakin bercelaru dan tidak layak untuk bercakap ingin mentadbir negara ini. Perbezaan pendapat dan perebutan kuasa begitu jelas terpampang di depan mata rakyat.
PAN, parti serpihan PAS dilaporkan menyokong Muhyiddin Yassin menjadi ketua pembangkang baharu bagi Pakatan Harapan.

AJK Pusat PAN, Mazlan Aliman berkata 'terdapat perbincangan dalam parti untuk mencadangkan mengenai pelantikan ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan.'

Nurul Izzah Anwar pula dilaporkan berkata bahawa 'Muhyiddin boleh dilantik menjadi ketua pembangkang sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia komited dengan agenda reformasi.'

Ironinya, Azman Ali pula menegaskan bahawa PKR tiada keperluan melantik Muhyiddin Yassi  sebagai ketua pembangkang yang baharu.

Azmin Ali dilaporkan berkata, Pakatan Harapan tidak pernah membincangkan perkara itu, malah ia bukan topik penting untuk diketengahkan.

Beliau berkata PKR tetap dengan pendiriannya mengekalkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang dalam menerajui Pakatan Pembangkang.

Dan salah satu daripada matlamat 'agenda yang kononnya untuk 'reformasi' itu ialah untuk melepaskan Anwar Ibrahim. Mana mungkin Mahathir akan bersetuju kerana Anwar dipenjarakan di era beliau.

Maka, yang mana satu yang benar dan boleh dipercayai oleh rakyat atau ketiga-tiga kenyataan di atas tidak boleh dipercayai langsung?

Permasalahan dalaman Pakatan Pembangkang juga membingungkan S Ambiga. Beliau pun tidak faham kenapa Pakatan Harapan ada masalah dan masih tidak boleh diselesaikan.

"Sudah pasti ada pengorbanan yang perlu dilakukan, ada pihak yang mungkin perlu melepaskan kerusi mereka. Tidak apa lah kalau tidak ada kerusi, biarkan pakatan itu menang dahulu."

"Tetapi kami (rakyat) tidak boleh menerima alasan ini daripada pihak pembangkang. Mereka perlu selesaikan isu antara mereka dan pastikan mereka memberi saingan yang kuat pada PRU nanti. Saya harap tidak wujud pertandingan 3 penjuru kerana akan hanya ada satu pemenang iaitu BN. Kalau begitu, buang masa sahaja, lebih baik jangan bertanding," kata Ambiga.

Memang pembangkang membuang masa dan tidak patut bertanding kerana mereka tidak mungkin sanggup berkorban dan berkongsi kerusi terutamanya parti chauvinis DAP. Ianya terbukti apabila DAP tidak sanggup memberikan kerusi DUN kepada PKR hingga menyebabkan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang tidak dapat dilaksanakan dan memalukan Lim Guan Eng.

Pilihanraya mengejut Pulau Pinang yang kononnya 'untuk menyelamatkan negeri dan Malaysia' menjadi adegan magik yang tiba-tiba hilang daripada laungan DAP. Rakyat sekali tertipu dengan permainan kotor parti rasis DAP.

Dan dimanakah rasionalnya untuk rakyat memilih parti pembangkang sedangkan ketuanya pun tidak tahu yang mana satu?

PRN Sarawak, PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar juga telah membuktikan bahawa pembangkang tidak dapat berkompromi sesama mereka hingga menyebabkan pertandingan 3 penjuru dan perkara yang sama bakal berlaku di PRU14 nanti. Rakyat tahu tentang isu besar ini.

Malah kewujudan satu lagi parti baharu Mahathir-Muhyiddin akan bakal menyaksikan perebutan kerusi parlimen dan DUN yang paling teruk dalam sejarah politik negara. Persempadanan semula kawasan parlimen dan DUN akan menambahkan kerusi untuk dipertandingkan tetapi ianya tidak mungkin akan dapat meredakan perebutan kuasa sesama parti pembangkang.

Yang turut tidak masuk akal dan tidak dapat diterima oleh rakyat ialah apabila Muhyiddin Yassin bersekongkol dengan parti DAP padahal sebelum ini beliau telah berkata bahaawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA dan DAP hanya mahukan si Melayu menjadi kuda tunggangan yang kerjanya menjaga kepentingan cauvinis DAP sahaja.

MiM yakin bahawa rakyat sedar dan sangat faham tentang perkara ini serta boleh menilai sendiri.






Demikianlah Artikel PEMBANGKANG BERPECAH : WAN AZIZAH ATAU MUHYIDDIN YASSIN..

Sekianlah artikel PEMBANGKANG BERPECAH : WAN AZIZAH ATAU MUHYIDDIN YASSIN.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEMBANGKANG BERPECAH : WAN AZIZAH ATAU MUHYIDDIN YASSIN.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/pembangkang-berpecah-wan-azizah-atau.html

Subscribe to receive free email updates: