PKR Khianati PH Wujudkan Hubungan Dengan PAS

PKR Khianati PH Wujudkan Hubungan Dengan PAS - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Khianati PH Wujudkan Hubungan Dengan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Khianati PH Wujudkan Hubungan Dengan PAS
link : PKR Khianati PH Wujudkan Hubungan Dengan PAS

Baca juga


PKR Khianati PH Wujudkan Hubungan Dengan PAS

Kita ada hubungan berterusan dengan Pas, akui AMK

Angkatan Muda Keadilan (AMK) berterus terang mengakui parti mereka masih mempunyai hubungan berterusan dengan Pas walaupun banyak pendirian parti diketuai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan Pakatan Harapan.

Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, tidak benar dakwaan bahawa PKR hanya mempunyai hubungan dengan Amanah sahaja.


“Keutamaan sekarang berhubung dengan semua pihak, tidak mengutamakan Amanah. Kita mahukan satu pakatan pembangkang yang kuat.

“Untuk katakan PKR hanya ada hubungan dengan Amanah pun tidak betul. Kita ada hubungan berterusan dengan Pas sekarang ini,” akuinya ketika ditemui Malaysia Dateline selepas forum berkaitan masa depan Pakatan Harapan di pejabat Malaysiakini malam tadi.

Ditanya keutamaan PKR sama ada Amanah atau Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau berkata, semua parti pembangkang perlu duduk semeja berunding bagi memastikan pertandingan satu lawan satu.

“Keutamaan pada masa ini semua parti pembangkang perlu ambil antara dua sempadan sama ada mahu ‘reform’ iaitu hendak melakukan perubahan kepada sistem atau mahu mengekalkan status quo iaitu masih mahukan perdana menteri yang korup,” jawabnya.

Mengulas tentang sikap kepimpinan Pas yang dilihat berjinak-jinak dengan Umno, Dr Afif yang juga Exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkata, tanggapan itu terpulang pada tafsiran masing-masing.

“Kita tidak boleh anggap Hadi sebagai Pas. Kita berhubung dengan parti bukan dengan individu saja.

“Dalam kenyataan rasmi Pas dan muktamar mereka pun musuh utama mereka adalah Umno. Saya sendiri dengar ucapan (pemimpin Pas). Kita meneruskan hubungan dengan pimpinan Pas kemudian parti akan tentukan keputusan,” tegasnya lagi.

Ditanya lagi tentang had masa untuk PKR masih meneruskan hubungan dengan Pas ketika tempoh PRU14 semakin suntuk, beliau gagal memberi tempoh bagi tujuan tersebut.

“Kalau kita ada tarikh bila pilihan raya, kita boleh lagi deadlinenya bila. Kalau minggu depan (pilihan raya), saya nak kata macam mana?” soalnya pula.

Menurut Adun Seberang Jaya itu, beliau percaya masih ada harapan untuk parti pembangkang duduk berbincang.

“Saya masih baru dalam politik jadi Adun pada 2013. Mereka lebih maklum situasi politik dan faham sentimen di bawah. Rakyat mahu menolak kepimpinan Najib,” katanya.

Berbanding dengan parti Amanah, ujarnya, hubungan bersama parti yang bakal genap berusia setahun September depan sudah jauh ke hadapan.

“Kita dah tandatangan perjanjian dengan Amanah. Walaupun ada usul dari pimpinan akar umbi Pas untuk memutuskan hubungan (dengan PKR) tapi keputusan muktamar masih meneruskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Sekarang apa lebih penting gabungan pembangkang itu lebih kuat untuk berdepan BN,” katanya ketika menjawab nisbah keutamaan PKR lebih kepada Amanah atau Pas.

Menurutnya, pertandingan banyak penjuru perlu dielak pada PRU14 nanti dan keadaan itu hanya dapat dicapai dengan menggunakan logo PKR sahaja sebagai satu lambang blok pembangkang.

“Boleh duduk sekali (parti pembangkang). Satu lawan satu (dalam PRU14). Tentang Hadi tidak patuh (pada keputusan rundingan), itu sebab saya cadangkan pakai satu lambang saja,” ujarnya lagi sambil ketawa.

ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang-panjang kerana ini akan lebih menyulitkan hubungan pihak-pihak di dalam Pakatan Harapan.

Gb sudah ulas sebelum ini dimana GB kata kewujudan kartel tertentu di dalam PKR menyebabkan seluruh Pakatan Harapan menjadi huru-hara. Akibat darinya, Perjanjian Pakatan Harapan yang telah ditandatangani sebelum ini dikhianati.

PKR dilihat bersifat opportunistik dan individualitik, hanya mementingkan partinya sendiri.

Jika DAP boleh menghormati rakan-rakan di dalam PH dengan mengambilkira pandangan PKR di dala isu PRN Pulau Pinang, mengapa PKR tiidak boleh "membincangkan" terlebih dahulu hubungannya dengan PAS?

Itu sebab mengapa seorang pemimpin DAP Selangor, YB Ronnie Lui melahirkan kepelikan dengan pendirian PKR di atas.


Sebelum ini juga GB telah menyatakan parti-parti komponen Pakatan Harapan perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan yang mantap. Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) dan "keputusan kolektif" di kalangan ahli komponen PH perlu wujud bagi mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam menghadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.

Ini sejajar dengan Fasal pertama Perjanjian Pakatan Harapan dimana segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu. Justeru itu, GB berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terlalu mengharapkan parti-parti pembangkang yang berada di luar Pakatan Harapan di dalam menghadapi pilihanraya.

Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan di dalam apa juga kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan Pakatan Harapan sendiri.

Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan hendaklah bertindak tegas dengan mana-mana parti komponen yang dilihat tidak mematuhi Perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini dan disingkirkan jika perlu.

Ia adalah penting supaya ungkapan ‘government-in-waiting’, tidak sekadar gimik politik, tetapi benar-benar diterjemahkan kepada realiti.

Niat politik yang ikhlas sepatutnya menjadi asas kepada kepatuhan parti-parti komponen kepada prinsip yang dipersetujui dalam dasar dan keputusan bersama. Keikhlasan dan kejujuran politik sebegini juga adalah sebahagian harapan rakyat yang perlu dikotakan. Tanpanya anda mengundang kekalan di balik kehancuran.



FEATURED ADS




Demikianlah Artikel PKR Khianati PH Wujudkan Hubungan Dengan PAS

Sekianlah artikel PKR Khianati PH Wujudkan Hubungan Dengan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Khianati PH Wujudkan Hubungan Dengan PAS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/pkr-khianati-ph-wujudkan-hubungan.html

Subscribe to receive free email updates: