Judul : Video bapa ADUN DAP minta 'wang untuk perumahan rakyat' kini viral
link : Video bapa ADUN DAP minta 'wang untuk perumahan rakyat' kini viral
Video bapa ADUN DAP minta 'wang untuk perumahan rakyat' kini viral
ANTARAPOS.COMGEORGE TOWN: Sebuah klip video yang menunjukkan bapa kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Pinang didakwa meminta rasuah daripada mereka yang mahu mendapatkan rumah kos rendah telah muncul di media sosial.
"Kami mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku.
"Bila perkara ini berlaku? Bila rundingan antara kedua-dua pihak berlaku?" kata pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong pada sidang akhbar, Isnin.
Siew Khim bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa ayahnya meminta rasuah, dengan mendakwa serangan itu tidak berasas.
"Terdapat sebuah klip video yang tersebar di media sosial menuduh bapa saya meminta wang daripada pengadu yang mahu mendapatkan rumah kos sederhana rendah.
"Nama saya disebut kerana menyalahgunakan kuasa.
"Saya ingin menegaskan bahawa bapa saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang. Begitu juga saya.
"Serangan Gerakan adalah tidak berasas dan tiada asas," katanya, membaca satu kenyataan pada sidang media di pusat khidmatnya di Jelutong.
Beliau mengesahkan lelaki dalam video itu ayahnya tetapi berkata dia tidak meminta rasuah.
Beliau mendakwa tuduhan terhadap ayahnya disebabkan oleh pemimpin Gerakan sedang berusaha untuk mendapatkan kawasan Sungai Pinang.
"Oh Tong Keong mencuba sedaya upaya untuk memainkan isu ini.
"Saya nasihatkan mangsa buat laporan polis jika terdapat sebarang usaha untuk mendapatkan wang daripada mereka bagi mendapatkan perumahan kerajaan,dan pihak polis digesa untuk menyiasat," katanya.
Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow juga mengesahkan lelaki dalam video itu adalah bapa Siew Khim.
Enggan mengulas lanjut, Kon Yeow berkata apa yang didengarinya adalah bapa Sie Khim telah mengambil wang daripada beberapa 'pelanggan', tetapi mengembalikannya selepas gagal mendapatkan rumah kos rendah untuk mereka.
Kon Yeow berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Simpang Ampat di sini pada Isnin.
Demikianlah Artikel Video bapa ADUN DAP minta 'wang untuk perumahan rakyat' kini viral
Sekianlah artikel Video bapa ADUN DAP minta 'wang untuk perumahan rakyat' kini viral kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video bapa ADUN DAP minta 'wang untuk perumahan rakyat' kini viral dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/video-bapa-adun-dap-minta-wang-untuk.html