Zahid Minta Muhyiddin Buktikan RM1Billion Masuk Akaun Najib..

Zahid Minta Muhyiddin Buktikan RM1Billion Masuk Akaun Najib.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Minta Muhyiddin Buktikan RM1Billion Masuk Akaun Najib.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Minta Muhyiddin Buktikan RM1Billion Masuk Akaun Najib..
link : Zahid Minta Muhyiddin Buktikan RM1Billion Masuk Akaun Najib..

Baca juga


Zahid Minta Muhyiddin Buktikan RM1Billion Masuk Akaun Najib..


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan bukti atas dakwaannya mengenai Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadi.

"Minta beliau kemukakan bukti jika ada," ujar beliau pada sidang akhbar di Putrajaya, sebentar tadi.

"Beliau tuduh perdana menteri kita, mesti tunjukkan bukti. Jangan membuat tuduhan berdasarkan khabar angin," jelas Ahmad Zahid lagi. Semalam, Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib sebelum kemasukan RM2.6 bilion yang dilaporkan secara meluas. Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas. Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum 'derma Arab' itu apabila peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya. "Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib. "Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu. "Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan. Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV.


Demikianlah Artikel Zahid Minta Muhyiddin Buktikan RM1Billion Masuk Akaun Najib..

Sekianlah artikel Zahid Minta Muhyiddin Buktikan RM1Billion Masuk Akaun Najib.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Minta Muhyiddin Buktikan RM1Billion Masuk Akaun Najib.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/zahid-minta-muhyiddin-buktikan.html

Subscribe to receive free email updates: