Judul : HINA MAHKAMAH - KENYATAAN ASAL LIM GUAN ENG YANG MENGHERETNYA KE MAHKAMAH !!
link : HINA MAHKAMAH - KENYATAAN ASAL LIM GUAN ENG YANG MENGHERETNYA KE MAHKAMAH !!
HINA MAHKAMAH - KENYATAAN ASAL LIM GUAN ENG YANG MENGHERETNYA KE MAHKAMAH !!
Nampaknya, Lim Guan Eng DAP semakin tertekan dan ibarat menghitung hari sahaja. Beliau bukan sahaja berdepan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa tetapi turut menghadapi satu lagi prosiding mahkamah atas sebab tindakan beliau sendiri juga.Sebelum ini MiM telah menulis artikel bertajuk Letak Jawatan, Akta 165 & Kes Guan Eng Yang Perlu Anda Baca.Di antaranya,
Bagi MiM, telah diperuntukkan secara jelas mengikut Seksyen 165 kanun keseksaan bahawa:
"Barang siapa yang menjadi seorang penjawat awam, menerima atau mendapat, atau bersetuju menerima atau cuba mendapat, untuk dirinya atau untuk seseorang lain sesuatu benda yang berharga, dengan tiada balasan atau dengan suatu balasan yang ia ketahui tidak mencukupi, daripada seseorang yang ia ketahui telah, atau sedang, atau mungkin ada kena mengena dalam apa-apa perbicaraan atau urusan yang telah dijalankan, atau yang akan dijalankan, oleh penjawat awam itu, atau yang ada apa-apa perhubungan dengan kerja-kerja rasminya sendiri atau dengan kerja-kerja rasmi seseorang penjawat awam yang dibawahnya ia bekerja, atau daripada seseorang yang ia ketahui sebagai ada kepentingan atau bersangkutan dengan orang yang ada kena mengena sedemikian itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau denda atau dengan kedua-duanya".
Kita boleh nampak betapa relevannya Seksyen/akta 165 ini dalam kes rasuah Guan Eng:
1. Bersetuju menerima.
2. Satu balasan yang ia ketahui tidak cukup.
3. Kepentingan atau bersangkutan dengan orang yang ada kena mengena.
MiM juga menyarankan agar pihak pendakwaraya turut meminta mahkamah mengeluarkan injuksi agar si tuduh dan pihaknya tidak dibenar mengeluarkan sebarang keterangan yang menyentuh kes ini. Dan jika Guan Eng mempertikaikan kes beliau di luar Mahkamah, Setiausaha Agung DAP ini boleh didakwa kerana menghina mahkamah.
http://ift.tt/2d5WnbvMiM menyarankan perkara-perkara di atas kerana Lim Guan Eng dilihat telah beria-ia telah mengkritik kes rasuah beliau secara terbuka. Beliau juga didakwa telah menyalahgunakan status jawatan beliau untuk mengadakan program penerangan bersama rakyat yang dianjurkan oleh kerajaan DAP negeri padahal, kes beliau adalah isu peribadi yang tidak melibatkan rakyat Pulau Pinang. Guan Eng sahaja yang untung kerana dapat membeli banglo yang terlajak murah, bukannya rakyat Pulau Pinang.
Kita telah menasihati Setiausaha Agung DAP ini supaya tidak mengambil kesempatan dengan mengheret rakyat untuk mendengar penjelasan dan meraih simpati tentang kes rasuah beliau itu.
Malah, Pengerusi UMNO negeri, DS Zainal Abidin Osman turut berkata bahawa tindakan Guan Eng dan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan sesi penerangan bersama rakyat berhubung kes rasuah itu boleh menganggu kes perbicaraan di mahkamah. Beliau berkata, tindakan itu menunjukkan Guan Eng sudah melanggar prinsip sub judice apabila mengeluarkan kenyataan bersabit tuduhan terhadapnya di khalayak ramai di luar mahkamah.
Dan berita terbaru yang kita tahu ialah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memperolehi kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap Lim Guan Eng berhubung kenyataannya berkaitan kes rasuah yang dihadapinya.
Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh yang mewakili Peguam Negara TS Mohamed Apandi Ali dilaporkan berkata 'mahkamah telah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lim atas dakwaan bahawa beliau telah mengaibkan mahkamah dan campur tangan dalam pentadbiran keadilan'.
"Ia berkaitan kenyataan tertentu yang dibuat Lim menerusi kenyataan akhbar selepas beliau didakwa di mahkamah yang kemudian disiarkan dalam media sosial," katanya, dan menambah, bahawa beliau akan memfailkan dokumen mahkamah berhubung prosiding kommital terhadap Lim dalam tempoh dua minggu.
Dalam saman itu, Peguam Negara memohon kebenaran untuk perintah komital terhadap Lim supaya dikomitkan ke penjara kerana melakukan penghinaan mahkamah (prosiding komital) dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media cetak dan/atau media sosial yang akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah.
Peguam Negara turut memohon kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Saman itu dikemukakan atas alasan Peguam Negara sebagai penjaga kepentingan awam dan demi kepentingan keadilan sentiasa memastikan integriti badan kehakiman dan sistem keadilan di negara ini kekal terpelihara dan tidak dicemuh, dimalukan dan dihina sewenang-wenangnya sehingga mewujudkan suatu ketidakpastian mengenai penentuan kes secara adil dan saksama.
Permohonan itu dibuat bagi memastikan bahawa sebarang perbuatan yang bersifat menghina mahkamah dan hakim-hakimnya serta pentadbiran keadilan tidak seharusnya dibiarkan bebas berlaku begitu sahaja. - BernamaDan kenyataan Lim Guan Eng yang dipertikaikan oleh pihak Peguam Negara ialah kenyataan beliau semasa sidang akhbar selepas pelancaran 'Simposium Dr Wu Lian Teh' yang menyatakan:
'bahawa pertuduhan terhadap Guan Eng itu adalah konspirasi dan bahawa Lim akan dipenjarakan, dibaca secara keseluruhan membawa maksud jelas bahawa mahkamah turut terlibat dalam konspirasi yang didakwa akan memenjarakannya di atas 'tuduhan rasuah yang direka-reka.'Untuk rekod, prosiding kommital atau prosedur komitan adalah prosedur mahkamah apabila seseorang itu didakwa melanggar atau mengingkari sesuatu penghakiman atau perintah Mahkamah. Dia dihukum kerana menghina Mahkamah.
Pada asasnya menghina mahkamah adalah suatu kelakuan yang dikira boleh ;
(a) menjejaskan, melengahkan, meremehkan atau menghalang perjalanan atau pentadbiran kehakiman (impede, embarrass, or obstruct the court in its administration of justice) atauMenurut Tun Hamid,
(b) menjejaskan, mengurangkan atau melemahkan kewibawaan dan kehormatan mahkamah (derogate from the courts authority or dignity), atau
(c) menyebabkan pentadbiran keadilan dipandang hina oleh masyarakat (bring the administration of the law into disrepute) - sumber
Mahkamah cuma akan membuat perintah pengkomitan jika Mahkamah dapati bahawa semua prosedur dipatuhi oleh pemohon, memang menghina itu telah melanggar atau tidak mematuhi perintah itu dan tidak dapat menunjuk sebab mengapa dia tidak patut dihukum.
Jika Makamah puas hati semua itu telah dilakukan, barulah Mahkamah memberi kebenaran untuk memohon perintah pengkomitan.
Setelah mendapat kebenaran, dalam masa 14 hari, pemohon akan memfail permohonan untuk mendapatkan perintah pengkomitan.
Permohonan itu perlu diserah ke diri penghina yang dicadangkan. Dia boleh memfail afidavit untuk menjawab. Pendengaran juga boleh dilakukan secara keterangan lisan. Jika fakta dipertikaikan, pendengaran juga boleh dilakukan secara keterangan lisan. Jika fakta dipertikaikan, pendengaran secara keterangan lisan perlu diadakan. Mahkamah akan membuat keputusan sama ada dia “bersalah” atau tidak. Beban bukti ialah “melampaui keraguan yang munasabah” seperti kes jenayah.
Mengenai hukuman, Mahkamah boleh menghukum penjara atau denda atau mengikat jamin untuk berkelakuan baik. Mahkamah boleh juga cuma memberi amaran, atau mengarahkan dia mematuhinya dalam tempoh tertentu dan supaya dia hadir semula pada tarikh yang ditetapkan untuk melaporkan sama ada dia telah melakukannya. Kalau sudah, dia dimaafkan. Kalau tidak dia boleh dipenjara atau didenda.
http://ift.tt/2d5V3FAMaka sekarang, kita tunggu dan lihat kesudahan kes Guan Eng DAP ini.
Anda baca juga kes mahkamah Guan Eng DAP : http://ift.tt/2d5Wnbv
Demikianlah Artikel HINA MAHKAMAH - KENYATAAN ASAL LIM GUAN ENG YANG MENGHERETNYA KE MAHKAMAH !!
Sekianlah artikel HINA MAHKAMAH - KENYATAAN ASAL LIM GUAN ENG YANG MENGHERETNYA KE MAHKAMAH !! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HINA MAHKAMAH - KENYATAAN ASAL LIM GUAN ENG YANG MENGHERETNYA KE MAHKAMAH !! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/hina-mahkamah-kenyataan-asal-lim-guan.html