Judul : Kes Senator UMNO Didakwa Ugut Bunuh Dirujuk Ke Timbalan Pendakwa Raya
link : Kes Senator UMNO Didakwa Ugut Bunuh Dirujuk Ke Timbalan Pendakwa Raya
Kes Senator UMNO Didakwa Ugut Bunuh Dirujuk Ke Timbalan Pendakwa Raya
Kes senator yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap dua orang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Gombak sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya (TPR).
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata polis ketika ini hanya menunggu keputusan untuk tindakan seterusnya.
“Kertas siasatan telah siap dan telah dirujuk pada TPR pada 5 September 2016. Belum ada keputusan dari pihak TPR,” katanya..
Sebelum ini FMT telah melaporkan..
KUALA LUMPUR: Dua ahli jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Gombak hari ini mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang ahli Dewan Negara.
Mohd Farouk Mohamad Ramli dan Azmi Iswan berkata mereka menerima ugutan itu daripada salah seorang pemimpin Umno bahagian itu, ketika Persidangan Puteri Umno Gombak pada 14 Ogos lalu.
“Eh marilah, yang mati dah mati dah, ni ada lagi yang nak mati… 3 tahun aku dah tahan,” menurut Farouk memetik kata-kata senator berkenaan.
“Sambil menjerit dia berkata dan terus nak menyerang saya,” katanya kepada wartawan hari ini. Farouk berkata laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selayang pada 15 Ogos, tetapi masih belum ada tindakan.
Azmi mendakwa beliau turut menerima ugutan pada hari dan tempat yang sama, selesai persidangan.
“Dia cakap, Mi apa yang kau tak puas hati. Dia bawa saya ke tempat lain,” katanya.
Azmi berkata dia sebelum ini mempersoalkan kehadiran senator tersebut mewakili Umno Gombak ke Persidangan Umno Petaling Jaya Selatan.
Azmi berkata sedang mempertimbangkan membawa perkara terbabit kepada Biro Pengaduan Umno. Sementara itu, usaha FMT menghubungi senator terbabit masih buntu.
Demikianlah Artikel Kes Senator UMNO Didakwa Ugut Bunuh Dirujuk Ke Timbalan Pendakwa Raya
Sekianlah artikel Kes Senator UMNO Didakwa Ugut Bunuh Dirujuk Ke Timbalan Pendakwa Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes Senator UMNO Didakwa Ugut Bunuh Dirujuk Ke Timbalan Pendakwa Raya dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/kes-senator-umno-didakwa-ugut-bunuh.html