RM2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
RM2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat?link :
RM2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat?
Baca juga
RM2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat?
PETALING JAYA: Dakwaan RM2 bilion setahun dibelanjakan untuk membayar pencen bekas ahli Parlimen dan bekas anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri perlu dijawab oleh kerajaan.
Perkara itu dibangkitkan pengamal undang-undang, Datuk Khairul Anwar Rahmat berhubung anggaran sebenar jumlah tersebut bagi menanggung saraan bekas wakil rakyat dan anggota pentadbiran.
“Kami ada mendapat maklumat dalaman yang saya gelar sebagai ‘blue bird’ bahawa kerajaan membelanjakan kira-kira RM2 billion setahun bagi tujuan pencen ahli politik bertaraf Ahli Parlimen, Timbalan Menteri (dulu ada Setiausaha Parlimen), Menteri hinggalah Perdana Menteri,” katanya dalam hantaran Facebook beliau semalam.
Beliau merujuk kepada satu hantaran pemilik Facebook ‘Muhamad Harris Nasril’ yang mencetuskan persoalan berhubung angka peruntukan pencen bekas wakil rakyat dan anggota Kabinet.
Jelas lelaki tersebut, akta saraan pencen ahli Parlimen perlu dikaji semula berbanding kerajaan mahu meneliti subsidi rakyat khususnya membabitkan aspek perbelanjaan kesihatan.
“Akta ini menetapkan ahli Dewan Rakyat yang telah melengkapkan sekurangnya 36 bulan perkhidmatan, layak mendapat pencen maksimum 3/5 daripada gaji.
“Contoh, gaji ahli Parlimen adalah RM16,000. Maka pencen dia adalah 3/5 x RM16,000 = RM9,600,” dakwa individu itu.
Menurut Khairul Anwar, jumlah itu belum masuk jika seseorang itu pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Exco dan Menteri Besar.
“Terperanjat sungguhlah bila dapat tahu sekiranya benar bahawa saraan ahli politik pencen mencecah RM2 billion setahun,” jelasnya.
Katanya, sedangkan jumlah itu boleh digunakan untuk membina lebih banyak hospital dan sekolah yang akhirnya membolehkan rakyat mendapat kemudahan berkualiti.
“Saja buat quick check, wang RM2 billion boleh bina dua buah hospital canggih (RM1 billion sebuah).
“Boleh bina 10 biji sekolah jika diandaikan kos sebuah sekolah ialah RM200 juta,” katanya.
Beliau kemudian meminta ahli Parlimen sama ada kerajaan atau pembangkang untuk ‘cucuk’ soalan berhubung saraan itu dalam sesi Parlimen minggu depan.
“Benarkah jumlah RM2 billion setahun serta berapa ratus atau ribu orang bekas ahli politik Parlimen yang dapat bayaran pencen bertaraf kayangan ini?” soalnya.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan caj RM1 dikenakan klinik kesihatan kerajaan wajar dinaikkan kepada RM5 hingga RM20 kerana bayaran sedia ada disifatkan tidak masuk akal terutama ketika nilai kos rawatan semakin meningkat.
Namun perkara itu mendapat maklum balas orang ramai yang menyifatkan kini bukan masa sesuai berbuat demikian.
Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa mengakui caj RM1 yang diperkenalkan sejak 1960-an tidak memadai, malah pada masa yang sama kerajaan perlu menanggung subsidi tinggi untuk kos rawatan kesihatan rakyat. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel RM2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat?
Sekianlah artikel RM2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RM2 Bilion Setahun Bayar Pencen Bekas Wakil Rakyat? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/rm2-bilion-setahun-bayar-pencen-bekas.html