Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen, Adilkah?

Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen, Adilkah? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen, Adilkah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen, Adilkah?
link : Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen, Adilkah?

Baca juga


Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen, Adilkah?

SARANAN untuk memansuhkan pencen ahli politik khususnya wakil rakyat dan menteri dilihat wajar dan perlu dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan dan pihak berkaitan. Daripada memberi pencen kepada mereka ini semua, lebih baik mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta tertakluk kepada semua syarat oleh badan itu sepertimana telah ditetapkan kepada golongan rakyat biasa. Dengan langkah ini, mereka semua akan benar-benar dapat merasai masalah dan kesusahan sedang dihadapi oleh rakyat biasa.

Ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mencadangkan kerajaan menghapuskan sistem pencen bagi seluruh ahli politik dan mengembalikan sistem caruman. Menurut Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, penerimaan pencen bagi ahli politik dilihat tidak adil daripada penjawat awam yang sememangnya layak. Beliau berkata, ahli politik bukan sahaja menerima pencen menteri, sebaliknya menerima pelbagai pencen lain.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, “Saya datang dari keluarga penjawat awam. Mereka perlu bekerja lebih 30 tahun baharu berhak mendapatkan pencen. Bagi ahli politik, masuk pejabat terus layak dapat pencen seumur hidup.”

“Dahlah baharu masuk pejabat terus layak dapat pencen, pencen pula bukan satu, bertingkat-tingkat. Ada pencen ahli Parlimen, menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan speaker. Siap ada jawatan bertimbun-timbun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi lain,” ujarnya.

Katanya, pengiraan pencen bagi ahli politik juga berlainan, iaitu berbeza dengan pengiraan pencen untuk penjawat awam. “Kiraan pencen bagi ahli politik agak unik. Saya baru masuk pejabat sebagai menteri tetapi jumlah pencen bukan berdasarkan berapa lama saya berkhidmat sebagai menteri tetapi berapa lama saya berkhidmat sebagai ahli Parlimen. Lagi lama saya berkhidmat sebagai ahli Parlimen, lagi tinggi pencen menteri saya,” katanya.

AHLI POLITIK TUA

Tambahnya, kelebihan pencen tersebut menyebabkan terdapat ahli politik yang tidak mahu melepaskan jawatannya.

“Sebab itu banyak ahli politik tua tak nak lepaskan jawatan. Bergaduh-gaduh dengan pimpinan anak muda kerana lagi lama mereka berkhidmat sebagai ahli Parlimen, lagi tinggi jumlah pencen ahli Parlimen dan pencen menteri,” katanya.

Sekiranya apa yang dikatakan ini benar, maka negara kita wajar mengambil satu bentuk langkah drastik. Kita tidak boleh lagi mengunakan wang negara untuk menampung segala kemudahan pencen yang diterima oleh kalangan ahli politik ini.

Wang pencen disediakan kepada semua ahli politik seharusnya disalurkan kepada perkara yang lebih membawa kebaikan dan faedah serta manfaat kepada rakyat dan negara seperti penambahbaikan sektor pendidikan dan sektor kesihatan yang dilihat sedang meruncing pada ketika ini. Tambahan pula sekarang negara kita dan seluruh dunia sedang menghadapi masalah ketidaktentuan ekonomi dan masalah kos sara hidup yang tinggi.

Rakyat biasa termasuk penjawat awam biasa terpaksa bekerja keras dengan jumlah gaji yang sedikit bagi menampung kehidupan seharian mereka. Tidak wajar sekiranya ada ahli politik termasuk wakil rakyat dan menteri menerima wang pencen yang banyak seperti dinyatakan oleh Syed Saddiq.

Ahli politik harus terima hakikat bahawa diri mereka dipilih oleh rakyat dan pengundi untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Segala khidmat yang diberikan oleh semua ahli politik ini perlu dilakukan secara ikhlas demi rakyat dan negara. Maka tidak perlu semua ahli politik ini menerima apa-apa bentuk gaji, elaun termasuk pencen daripada negara.

Harap kerajaan dapat mengkaji cadangan ini dengan lebih mendalam dan serius. Kepada Yang Berhormat (YB) semua, berkhidmatlah secara ikhlas dan percuma demi rakyat dan negara.


Dr. Muzaffar Syah Mallow 
Profesor Madya di Fakulti Syariah & Undang-Undang, 
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


Demikianlah Artikel Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen, Adilkah?

Sekianlah artikel Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen, Adilkah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerja Tak Sampai 30 Tahun Layak Dapat Pencen, Adilkah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/kerja-tak-sampai-30-tahun-layak-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: