Ustaz Wan Ji Dipenjara 9 Bulan Mulai Hari Ini..

Ustaz Wan Ji Dipenjara 9 Bulan Mulai Hari Ini.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ustaz Wan Ji Dipenjara 9 Bulan Mulai Hari Ini.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ustaz Wan Ji Dipenjara 9 Bulan Mulai Hari Ini..
link : Ustaz Wan Ji Dipenjara 9 Bulan Mulai Hari Ini..

Baca juga


Ustaz Wan Ji Dipenjara 9 Bulan Mulai Hari Ini..

 

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini sebulat suara menolak rayuan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin terhadap sabitannya yang didapati bersalah menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, 11 tahun lalu.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin sebulat suara menolak rayuan sabitan Wan Ji selepas mendapati ia tidak mempunyai sebarang merit.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan rayuan Wan Ji terhadap hukuman dengan memerintahkan beliau hanya dipenjara sembilan bulan seperti diputuskan Mahkamah Sesyen pada 9 April 2018, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menambah hukuman itu kepada setahun.

Hukuman penjara itu diperintahkan berkuat kuasa hari ini.

Berhubung isu Akta Hasutan 1948 yang didakwa oleh perayu (Wan Ji) sebagai tidak berperlembagaan dalam rayuannya, Hadhariah dalam penghakimannya, berkata, tidak ada apa-apa yang salah mengenai undang-undang itu.

Beliau berkata, kebebasan bersuara bukan hak mutlak bagi seseorang bercakap dengan sesuka hati kerana masih ada batas yang perlu dijaga.

"Kebebasan bersuara tidak bermaksud kita boleh bercakap sesuka hati. Perkataan yang dikatakan dalam hantaran Facebook memang tidak sesuai.

"Kalau (hendak) beri nasihat agama cakaplah dengan perkataan yg baik-baik, jangan guna perkataan yang tidak sesuai terutama terhadap Sultan Selangor kerana sekarang ada 3R (agama, royalti, perkauman). Hati-hati dengan perkara sensitif ini.

"Jangan menyinggung perasaan orang. Tunduk, amalkan sikap tunduk. Lagi pandai, lagi genius, lagi tunduk…Jangan memperkecilkan orang, kalau kita ini genius sekali pun dalam bab agama, jangan kita meperlekehkan orang lain," katanya.

Dalam prosiding hari ini, Wan Ji diwakili peguam Muhammad Faiz Fadzil manakala Timbalan Pendakwa Raya How May Ling bertindak bagi pihak pendakwaan selaku responden.

Pada 9 Julai 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman daripada sembilan bulan penjara yang diputuskanMahkamah Sesyen pada 9 April 2018, kepada setahun penjara selepas mempertimbangkan rayuan silang pihak pendakwaan.

Wan Ji, didakwa pada 10 September 2014, menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, termasuk membabitkan isu agama dalam Facebook (FB) dengan nama wanji.attaaduddi.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, pada 10 pagi, 5 November 2012.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Untuk kesalahan kedua dan seterusnya, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan lapor BH

Ustaz Wan Ji merupakan seorang penceramah bebas yang tidak mempunyai pendapatan tetap, isteri menghidap diabetes dan mempunyai lima orang anak yang berusia antara 5 dan 18 tahun.

Rentetan dari itu bagi meringankan beban keluarga, pihak keluarga telah bersetuju memberikan kebenaran kepada NGO Pertubuhan Pemerkasaan Wanita & Keluarga Petrajaya mengutip derma bagi pihak keluarga dan akan diserahkan kepada keluarga setiap bulan mengikut kutipan.

Butiran :

Nama: Pertubuhan Pemerkasaan Wanita dan Keluarga Petrajaya RHB Islamic

No akaun: 21125460011990

Untuk sebarang pertanyaan hubungi Pn Anna di 0122619418 (Whatsapp sahaja: Admin En Iswardy)

Yang menjalankan tugas 
Iswardy Morni

Bagi pihak Puan Salmi (Isteri Ust Wan Ji)


Demikianlah Artikel Ustaz Wan Ji Dipenjara 9 Bulan Mulai Hari Ini..

Sekianlah artikel Ustaz Wan Ji Dipenjara 9 Bulan Mulai Hari Ini.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ustaz Wan Ji Dipenjara 9 Bulan Mulai Hari Ini.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/ustaz-wan-ji-dipenjara-9-bulan-mulai.html

Subscribe to receive free email updates: