Ucapan DSAI Dianggap Terbaik Dalam UNGA

Ucapan DSAI Dianggap Terbaik Dalam UNGA - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ucapan DSAI Dianggap Terbaik Dalam UNGA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ucapan DSAI Dianggap Terbaik Dalam UNGA
link : Ucapan DSAI Dianggap Terbaik Dalam UNGA

Baca juga


Ucapan DSAI Dianggap Terbaik Dalam UNGA

SEJAK lima tahun lalu, sudah empat Perdana Menteri berpeluang menyampaikan kenyataan negara ketika sesi debat umum pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA).

Dua daripada mereka, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap melalui rakaman video bagi sesi ke-75 dan sesi ke-76 pada 26 September 2020 dan 26 September 2021.

Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir di New York berucap secara bersemuka di dalam UNGA bagi sesi ke-73 (29 September 2018) dan sesi ke-74 (27 September 2019).

Paling mutakhir hadir berucap secara bersemuka di New York adalah Ismail Sabri dalam sesi ke-77 pada 23 September 2022 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi sesi ke-78 pada 22 September lalu.

Saya meneliti teks-teks ucapan kesemua empat Perdana Menteri ini dan membuat perbandingan ringkas ke atas kandungan ucapan-ucapan Dr. Mahathir (sesi ke-73), Ismail Sabri (sesi ke-77) dan Anwar (sesi ke-78).

Dari sudut poin dikemukakan, ucapan Dr. Mahathir mempunyai 45 poin (dan 52 poin dalam sesi ke-74), ucapan Ismail Sabri mempunyai 44 poin dan ucapan Anwar 30 poin.

Walaupun begitu, ucapan Dr. Mahathir bertema Menjadikan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) Relevan Kepada Semua: Kepemimpinan Global dan Perkongsian Tanggungjawab Ke Arah Masyarakat Aman, Sama Rata dan Mapan ini tidak fokus dan meleret-leret. Ia lebih berbentuk preaching bermula dari kisah kejayaan Pakatan Harapan (PH) menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerana rakyat mahukan Malaysia baharu yang mengamalkan dasar keadilan, tadbir urus baik, integriti dan kedaulatan undang-undang.

Beliau juga menyebut betapa Malaysia baharu akan teguh menyokong prinsip PBB dalam hubungan antarabangsanya termasuk prinsip kebenaran, hak asasi manusia, kedaulatan undang-undang, keadilan, kesamarataan, tanggungjawab dan kebertanggungjawaban, selain kemapanan.

Dalam konteks ini, Dr. Mahathir memberi jaminan kerajaan baharu turut berikrar untuk mengiktiraf semua baki instrumen PBB berkaitan perlindungan hak asasi manusia yang dikatakan bukan mudah bagi Malaysia yang berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa.

Ikrar Dr. Mahathir ini membawa bala bila ia digunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy untuk menegaskan komitmen kerajaan PH untuk mengesahkan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Bertitik tolak daripada kebersamaan UMNO dan Pas menentang ICERD di Pasir Salak pada 17 November 2018 dan di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2018, selain penentangan kepada ratifikasi ke atas Statut Rom kemudiannya, kerajaan PH akhirnya ditumbangkan pada 24 Februari 2020.

BERTENAGA

Ucapan Dr. Mahathir ini juga mengandungi pembelaan ke atas nasib rakyat Palestin dengan meminta dibenarkan mendapatkan kembali wilayah mereka, diizinkan pembentukan negara Palestin dan dihidupkan keadilan dan kedaulatan undang-undang. Turut disentuh olehnya ialah nasib umat Islam di wilayah Rakhine yang dibunuh, kediaman dibakar manakala sejuta pelarian dipaksa menyelamatkan diri sedangkan dunia hanya memerhatikannya berlaku tanpa berbuat apa-apa.

Ucapan Ismail Sabri bertema Suatu Detik Perubahan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait pula lebih diingati kerana ia disampaikan di dalam bahasa Melayu berbanding kandungannya yang sedikit mendatar. Beliau menyebut mengenai kesan daripada peperangan di Ukraine yang bukan sahaja dideritai rakyat dan negara itu, malah turut dirasai dunia di mana konflik ini telah mengancam keamanan, keselamatan global, ekonomi dan menggugat sekuriti makanan.

Turut disebut beliau ialah kekecewaan Malaysia dengan pendudukan secara kejam Palestin oleh Israel yang berlarutan sejak sekian lama, diikuti gesaan supaya kuasa-kuasa besar perlu bersikap jujur dalam menyelesaikan isu kekejaman dihadapi rakyat Palestin.

Dinyatakan juga kekecewaan Malaysia dengan situasi di Myanmar di mana Majlis Keselamatan PBB tidak mengambil sebarang tindakan serius dalam menanganinya, selain kekecewaan kerana tiadanya kemajuan bermakna dalam pelaksanaan Kesepakatan Lima Perkara ASEAN.

Ucapan Anwar pula walaupun lebih ringkas, tetapi lebih fokus dalam isu-isu yang dibicarakan. Ayat-ayat yang digunakan lebih mantap. Penyampaiannya juga dibuat secara lebih bertenaga. Ini menjadikan kandungannya lebih mudah sampai kepada audiens.

Perhatikan ayat-ayat forceful yang digunakan oleh Anwar dalam ucapan ini. Sewaktu mengkritik kuasa-kuasa besar yang semakin mengetepikan PBB, beliau menyebut, “The powers that be continue to pay lip service to the imperative of multilateralism.”

Sewaktu membicarakan peperangan yang berlaku di Ukraine, beliau menyebut secara tidak berselindung, “We condemn unequivocally the Russian invasion of Ukraine” mengulangi apa yang beliau sebut sebagai Ketua Pembangkang pada 24 Februari 2022 dahulu.

Bila memperkatakan mengenai nasib rakyat Palestin, beliau menyebut dengan lantang, “The politics of dispossession continuing with a vengeance”, “gross violation of international law” dan “flagrant hypocrisy in dealing with the issue of Palestine.”

Menyentuh mengenai Myanmar, ayat-ayat yang digunakan oleh Anwar juga tepat dan padat seperti “the barbarism and depravity inflicted upon the people of Myanmar is indefensible and goes against the values and principles shared by the peoples in the region and globally.”

Begitu juga isu-isu lain seperti di Afghanistan dan gejala Islamofobia yang diungkapkan dengan penuh jelas dan tegas oleh Anwar menjadikan ucapan beliau amat dibanggakan dan merupakan ucapan terbaik pernah dibuat di dalam UNGA mutakhir ini. 


Profesor Madya Dr. Nazariah Osman 
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
PhD dalam bidang politik dan hubungan antarabangsa dari Keele University, United Kingdom.

Asal artikel dari SINI


Demikianlah Artikel Ucapan DSAI Dianggap Terbaik Dalam UNGA

Sekianlah artikel Ucapan DSAI Dianggap Terbaik Dalam UNGA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ucapan DSAI Dianggap Terbaik Dalam UNGA dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/ucapan-dsai-dianggap-terbaik-dalam-unga.html

Subscribe to receive free email updates: