Rombakan Kabinet Selepas PRK Pelangai?

Rombakan Kabinet Selepas PRK Pelangai? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rombakan Kabinet Selepas PRK Pelangai?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rombakan Kabinet Selepas PRK Pelangai?
link : Rombakan Kabinet Selepas PRK Pelangai?

Baca juga


Rombakan Kabinet Selepas PRK Pelangai?

SPEKULASI rombakan kabinet Kerajaan Perpaduan kini semakin bertiup kencang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melakukannya selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Pahang pada 7 Oktober depan.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pemimpin kanan DAP yang enggan dinamakan dengan beliau menjangkakan Anwar akan meneliti prestasi calon gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRK itu terlebih dahulu sebelum membuat rombakan kecil kabinet.

Jelas beliau, di sebalik keperluan Perdana Menteri ke-10 (PMX) untuk meneliti prestasi BN-PH di PRK berkenaan, sebarang usaha rombakan kabinet sememangnya sudah tidak dapat dielakkan susulan tempoh pentadbiran Kerajaan Perpaduan sudah hampir mencecah setahun.

“Maklumat yang saya terima, PMX akan tunggu keputusan PRK Pelangai dahulu, baru beliau akan melakukan rombakan kabinet.

“Ia bagi mengelakkan fokus dan moral jentera pilihan raya terjejas jika rombakan lebih awal memberi implikasi negatif kepada parti-parti terlibat,” katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Sinar Premium mendedahkan Anwar sedang menimbang kemungkinan untuk mengadakan rombakan kabinet susulan pengosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada Julai lalu.

Antara spekulasi yang timbul ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka kembali menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan penyandangnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri KPDN.

Terdapat juga spekulasi mengatakan jawatan menteri KPDN akan kekal disandang oleh calon daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dengan nama Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari disebut-sebut untuk menyandang jawatan itu.

Sekiranya spekulasi itu menjadi kenyataan, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengambil alih portfolio Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa (KKWD) yang digalas Ahmad Zahid ketika ini.

Selain rombakan portfolio-portfolio kementerian penting berkenaan, terdapat beberapa lagi kementerian yang dijangka turut terlibat dengan penyusunan semula termasuklah cadangan mewujudkan kembali Kementerian Wilayah Persekutuan, Menteri Kewangan II dan Kementerian Sumber Manusia.

Bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan berkenaan, nama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani antara yang disebut-sebut sebagai calon utama daripada UMNO-BN meskipun ramai pemerhati politik berpandangan beliau lebih layak menggalas jawatan Menteri Kewangan II.


Dalam pada itu status Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar turut disebut-sebut antara nama bakal digugurkan dalam barisan kabinet baharu PMX, dan sumber pemimpin kanan DAP itu mengakui perbincangan mengenai perkara tersebut memang pernah dibuat dalam kalangan kepimpinan parti itu sebelum ini.

“Saya ingat perbincangan mengenainya masih berjalan, cuma belum ada ketetapan dibuat di antara Anwar dan Anthony (Loke).

“Soal sama ada beliau (Sivakumar) memang sah ditukar atau tidak, kena tanya kata putus daripada Anthony sendirilah. Kalau saya tahu pun, saya tidak boleh komen lanjut,” dedah sumber berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching berkata, beliau tiada maklumat sama ada terdapat mesyuarat diadakan di peringkat dalaman parti bagi membincangkan kedudukan mana-mana menteri dalam jemaah menteri termasuk Sivakumar.

“Setakat ini, saya tidak terlibat dalam sebarang perbincangan (mengenai kemungkinan rombakan kabinet membabitkan menteri-menteri DAP),” katanya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp kepada Sinar Premium.

Ditanya sama ada spekulasi rombakan kabinet sekadar khabar angin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital itu enggan memberi jawapan secara langsung, sebaliknya mengulas “Atau mungkin ia di luar tahap (pengetahuan) saya...”

LANTIK PROFESIONAL

Dalam pada itu, pemimpin veteran DAP, Charles Santiago berpandangan sekiranya spekulasi pengguguran Sivakumar daripada jawatan menteri menjadi realiti, PMX tidak perlu menormalisasikan keputusan pelantikan menteri semata-mata dalam kalangan ahli-ahli Parlimen atau ahli politik menyokong kerajaan.

Sebaliknya, beliau mencadangkan agar PMX meneroka peluang melantik pakar-pakar dalam kalangan tokoh akademik universiti, penjawat awam, korporat dan badan bukan kerajaan (NGO), di mana individu dilantik terbukti memberi sumbangan besar kepada kementerian berkaitan dan 'boleh buat kerja'. 


“Saya ingat keputusan rombakan kabinet memang sudah tidak dapat dielakkan dengan Anwar perlu melakukannya dalam masa terdekat,” ujar beliau.

“Cuma untuk kali ini, Anwar perlu mempunyai keberanian politik bagi memilih individu yang terbukti boleh buat kerja dan mempunyai pemikiran di luar kotak.

“Kena faham Anwar hanya tinggal baki tempoh tiga tahun sahaja untuk merealisasikan agenda Kerajaan Madani dan tempoh berbulan madu kerajaan ini hakikatnya sudah tamat,” tegas Pengerusi Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) itu.

Bagi Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Mazlan Ali, rombakan Kabinet selepas PRK Pelangai adalah satu amalan praktikal mengambil kira ukuran sebenar prestasi Jemaah Menteri kebiasaannya sudah dinilai selepas 100 hari pentadbiran kerajaan.

Katanya, sekiranya terbukti ada menteri gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan Anwar, maka Menteri Kewangan itu tidak mempunyai banyak masalah untuk melakukan rombakan Kabinet susulan tahap sokongan ahli Parlimen terhadapnya sangat kukuh dan mencapai angka hampir dua pertiga (147 orang).

“Saya fikir jika benar Anwar mempertimbangkan rombakan kabinet, ia pastinya untuk memantapkan dan memperbaiki ruang-ruang pentadbiran kerajaan sedia ada.

“Cuma buat masa ini, tidak sesuai untuk PMX melaksanakan rombakan besar-besaran. Mungkin penyusunan semula portfolio kementerian boleh dipertimbangkan beliau adalah melibatkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Sumber Manusia,” ujarnya - SH


Demikianlah Artikel Rombakan Kabinet Selepas PRK Pelangai?

Sekianlah artikel Rombakan Kabinet Selepas PRK Pelangai? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rombakan Kabinet Selepas PRK Pelangai? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/rombakan-kabinet-selepas-prk-pelangai.html

Subscribe to receive free email updates: