Zahid Akan Kembali Kemudi Kementerian Dalam Negeri? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Akan Kembali Kemudi Kementerian Dalam Negeri?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Zahid Akan Kembali Kemudi Kementerian Dalam Negeri?link :
Zahid Akan Kembali Kemudi Kementerian Dalam Negeri?
Baca juga
Zahid Akan Kembali Kemudi Kementerian Dalam Negeri?
SETELAH dua bulan pemergian bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, teka-teki mengenai siapa bakal calon pengganti beliau masih belum terjawab.
Melewati tempoh pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri serta dua pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memberikan bayangan jelas bila kekosongan jawatan ditinggalkan Salahuddin itu bakal terisi.
Yang ada hanyalah respons Anwar kepada wartawan dengan menyatakan pihaknya masih terbuka menerima cadangan nama calon bersesuaian untuk dipertimbangkan menjadi Menteri KPDN baharu dalam masa terdekat.
Dengan rakyat berdepan tekanan kenaikan harga dan kekurangan stok barangan asas makanan satu per satu, bermula daripada gula, ayam, telur, beras dan terkini bawang serta cili, ramai pihak mendesak agar pelantikan Menteri KPDN disegerakan.
Terdapat nama beberapa pemimpin utama Parti Amanah Negara (Amanah) seperti Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad disebut-sebut sebagai pengganti Allahyarham Salahuddin susulan jawatan kementerian itu dianggap hak status quo parti berkenaan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, spekulasi kian bertiup kencang mengatakan Anwar dijangka tidak sekadar mengisi kekosongan jawatan menteri KPDN semata-mata, sebaliknya mempertimbangkan rombakan kabinet menjelang sesi sidang Parlimen pembentangan Belanjawan 2024.
Hakikatnya, kemungkinan itu berasas, mengambil kira empat faktor yang pernah diutarakan bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago sebelum ini.
Charles sebelum ini memaklumkan Anwar mungkin terpaksa mempertimbangkan rombakan kabinet disebabkan prestasi semasa sebahagian menteri di bawah tahap memuaskan dan prestasi hambar Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN enam negeri dan dua PRK.
Selain itu, dua faktor lagi dikemukakan Pengerusi Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) itu adalah cadangan mengembalikan portfolio Kementerian Wilayah Persekutuan dan Menteri Kewangan II bagi meringankan beban tanggungjawab Perdana Menteri serta keperluan penyusunan semula menteri yang ideal mengikut turutan portfolio lebih kritikal.
Berikutan itu, sumber terdekat kepada seorang menteri BN memaklumkan cadangan rombakan kabinet, sama ada kecil atau besar, adalah perkara paling realistik dilakukan Anwar.
Hal ini mengambil kira faktor senario politik semasa dan keperluan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.
“Sekarang ini heboh diperkatakan terdapat kemungkinan besar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan bertukar portfolio kementerian dengan mengambil alih jawatan Menteri KPDN yang kosong ketika ini.
“Sekiranya perkara itu berlaku, jawatan Menteri Dalam Negeri mungkin akan kembali disandang Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memandangkan Perdana Menteri pastinya memerlukan pemimpin paling dipercayai bagi menggalas portfolio kritikal itu,” tegas sumber UMNO itu yang juga merupakan pemimpin utama sayap Pemuda sebuah negeri di selatan.
Sumber UMNO berkenaan turut mendedahkan kemungkinan jawatan Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa yang kini dipegang BN secara status quo, bakal diserahkan kepada Amanah sebagai timbal balas parti itu terpaksa melepaskan jawatan Menteri KPDN kepada wakil PKR.
“Justifikasi mengapa Saifuddin dipilih menggalas semula tanggungjawab Menteri KPDN adalah disebabkan beliau mempunyai pengalaman cemerlang mengemudi portfolio itu sewaktu pentadbiran Kerajaan PH selama 22 bulan.
“Bagi Ahmad Zahid pula, selaku pemimpin nombor dua di belakang Anwar, beliau perlu memegang portfolio kementerian yang lebih penting. Dengan pengalaman mengemudi KDN sewaktu kerajaan BN pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad Zahid terbukti menjalankan tugas yang baik.
“Soal kontroversi keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid baru-baru ini, saya fikir perkara itu bukan lagi satu isu kerana semua pihak berkepentingan termasuk Anwar sendiri sudah memberikan justifikasi sewajarnya,” jelas sumber itu.
Sumber BN itu juga mendakwa, beberapa portfolio kementerian diunjurkan akan kembali diperkenalkan iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Menteri Kewangan II, bagaimanapun pemilihan calon menteri pastinya bukan dalam kalangan pemimpin BN.
“Dengan sekadar berbekalkan 30 kerusi Parlimen, BN menyedari parti tidak boleh terlalu menuntut lebih banyak jawatan kabinet kerana perlu memberi laluan kepada 17 parti lain yang bersama Kerajaan Perpaduan.
“Sekiranya ada peluang pertambahan jawatan menteri dalam kalangan ahli Parlimen BN sekali pun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilihat mempunyai peluang paling cerah dilantik sebagai Menteri Kewangan II atas dasar kepakaran beliau dalam bidang ekonomi dan kewangan,” ujar sumber itu.
Bagi mendapatkan pengesahan maklumat daripada sumber BN berkenaan, Sinar Premium pada ketika ini sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohamad Akin.
BUDI BICARA PM
Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh sewaktu dihubungi tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri bakal melaksanakan rombakan kabinet bagi mengukuhkan struktur pentadbiran negara dalam masa terdekat.
Ujar Alexander, perkara berkenaan hakikatnya terserah kepada budi bicara Perdana Menteri kerana itu hak prerogatif beliau sekiranya Kerajaan Perpaduan mempunyai sebab mendesak untuk berbuat demikian.
“Sehingga kini, kami (Jemaah Menteri) masih tidak diberi sebarang indikasi. Tapi secara peribadi, saya fikir kalau Perdana Menteri hendak buat rombakan kabinet, tidak mustahil ia akan berlaku.
“Cuma kalau tiada keperluan mendesak, teruskan sahaja kekalkan barisan menteri kabinet sedia ada. Bagi saya tempoh belum cukup setahun masih terlalu awal untuk barisan Jemaah Menteri diubah. Tetapi segalanya bergantung kepada hak dan kuasa Perdana Menteri,” kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu.
Fuziah pula sewaktu ditanya mengenai desas-desus rombakan kabinet, hanya sekadar menjawab ringkas: “Mungkinlah.”
Bekas Ahli Parlimen Kuantan daripada PKR itu turut menegaskan beliau tidak pasti sama ada pelaksanaan rombakan kabinet oleh Perdana Menteri adalah satu keperluan mendesak ketika ini.
“Saya ini banyak kerja (portfolio KPDN). Tidak sempat tengok prestasi kementerian lain,” katanya.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong bertindak 'menutup mulut' dan enggan mengulas mengenai spekulasi rombakan kabinet.
For Puma supercharged Savings - extra 30% off, click here.. https://ift.tt/ASrIX08
Demikianlah Artikel Zahid Akan Kembali Kemudi Kementerian Dalam Negeri?
Sekianlah artikel Zahid Akan Kembali Kemudi Kementerian Dalam Negeri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid Akan Kembali Kemudi Kementerian Dalam Negeri? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/zahid-akan-kembali-kemudi-kementerian.html