Patutlah Ada Yang Nak Jadi Ahli Parlimen Sampai Ke Mati.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Patutlah Ada Yang Nak Jadi Ahli Parlimen Sampai Ke Mati.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Patutlah Ada Yang Nak Jadi Ahli Parlimen Sampai Ke Mati..link :
Patutlah Ada Yang Nak Jadi Ahli Parlimen Sampai Ke Mati..
Baca juga
Patutlah Ada Yang Nak Jadi Ahli Parlimen Sampai Ke Mati..
PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) cadang kerajaan menghapuskan sistem pencen bagi seluruh ahli politik dan mengembalikan sistem caruman.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, penerimaan pencen bagi ahli politik dilihat tidak adil daripada penjawat-penjawat awam yang sememangnya layak.
Menurut beliau, ahli politik bukan sahaja menerima pencen menteri sahaja tetapi sebaliknya menerima pelbagai pencen lain.
“Saya datang dari keluarga penjawat awam, mereka perlu bekerja lebih 30 tahun baru berhak mendapatkan pencen. Bagi ahli politik, masuk pejabat terus layak dapat pencen seumur hidup.
“Dahlah baru masuk pejabat terus layak dapat pencen, pencen pula bukan satu, bertingkat-tingkat. Ada pencen ahli parlimen, menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan speaker. Siap ada jawatan bertimbun-timbun syarikat milik kerajaan (GLC) serta agensi yang berlainan.
“Lihat saja gaji dan elaun menteri besar boleh mencecah RM180,000 sebulan, ini belum lagi campur kalau ada ahli parlimen, jawatan-jawatan GLC di peringkat negeri dan dekat peringkat persekutuan,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebooknya.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, pengiraan pencen bagi ahli politik juga berlainan iaitu berbeza dengan pengiraan pencen untuk penjawat awam.
“Kiraan pencen bagi ahli politik agak unik, saya baru masuk pejabat sebagai Menteri tetapi jumlah pencen bukan berdasarkan berapa lama saya berkhidmat sebagai Menteri tetapi berapa lama saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen.
“Lagi lama saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, lagi tinggi pencen Menteri saya,” katanya.
Tambahnya, kelebihan pencen tersebut menyebabkan terdapat ahli politik yang tidak mahu melepaskan jawatannya.
“Sebab itu banyak ahli politik tua tak nak lepaskan jawatan. Bergaduh-gaduh dengan pimpinan anak muda mereka kerana lagi lama mereka berkhidmat sebagai ahli parlimen lagi tinggi jumlah pencen ahli parlimen dan pencen menteri,” katanya. – UTUSAN
Demikianlah Artikel Patutlah Ada Yang Nak Jadi Ahli Parlimen Sampai Ke Mati..
Sekianlah artikel Patutlah Ada Yang Nak Jadi Ahli Parlimen Sampai Ke Mati.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Patutlah Ada Yang Nak Jadi Ahli Parlimen Sampai Ke Mati.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/patutlah-ada-yang-nak-jadi-ahli.html