Najib Atur Penipuan SRC Sejak Dari Mula, Kata Peguam Negara

Najib Atur Penipuan SRC Sejak Dari Mula, Kata Peguam Negara - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Atur Penipuan SRC Sejak Dari Mula, Kata Peguam Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Atur Penipuan SRC Sejak Dari Mula, Kata Peguam Negara
link : Najib Atur Penipuan SRC Sejak Dari Mula, Kata Peguam Negara

Baca juga


Najib Atur Penipuan SRC Sejak Dari Mula, Kata Peguam Negara


Bekas perdana menteri Najib Razak mengatur penipuan SRC International Sdn Bhd sejak permulaan lagi, di mana dia mendapat manfaat selama lebih daripada tiga tahun, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Beliau berkata tertuduh juga merupakan “pengarah di belakang tabir” SRC yang mendapat manfaat kewangan dari tabung SRC, di mana beliau diberi amanah kawalan sepenuhnya ke atas harta benda SRC.

Thomas juga berkata Najib memiliki kepentingan terhadap SRC.

“Kepentingan yang dimiliki tertuduh disembunyikan di sebalik pelbagai tipu helah, di belakang nama orang yang tidak dapat dicari, dan watak-watak yang diragui,” katanya dalam penghujahannya di penghujung kes pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Bagaimanapun Thomas berkata fakta-fakta tetap menunjukkan tertuduh dan proksinya mengawal di belakang tabir SRC.

“Kenapa kerajaan amat berminat dan melakukan segalanya bagi membantu SRC, sebuah syarikat yang baru dibangunkan tanpa rekod lampau, baru beroperasi 12 bulan, dan amat berminat untuk memberi kemudahan mendapatkan pinjaman RM2 bilion, dan diikuti dengan RM2 bilion yang kedua dalam tempoh masa lapan bulan antara keduanya, kepada SRC?

“Kesimpulan yang tidak dapat dinafikan lagi ia harus menunjuk kepada kepentingan tertuduh dalam SRC,” katanya.

Thomas seterusnya berhujah kuasa “melantik dan memecat” yang diberikan oleh perlembagaan SRC kepada tertuduh mempunyai kesan yang menjadikan beliau sebagai pembuat keputusan yang muktamad di SRC.

“Tiada keputusan-keputusan yang penting yang boleh diputuskan SRC tanpa arahan daripada tertuduh, memang tidak ada,” katanya.

Najib, 66, berdepan dengan tiga tuduhan pecah amanah (CBT), satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga tuduhan penggubahan wang yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta lapor FMT


Demikianlah Artikel Najib Atur Penipuan SRC Sejak Dari Mula, Kata Peguam Negara

Sekianlah artikel Najib Atur Penipuan SRC Sejak Dari Mula, Kata Peguam Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Atur Penipuan SRC Sejak Dari Mula, Kata Peguam Negara dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/10/najib-atur-penipuan-src-sejak-dari-mula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :