Anwar Jelaskan Kenapa Harga Petrol Tak Turun Turun..

Anwar Jelaskan Kenapa Harga Petrol Tak Turun Turun.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar Jelaskan Kenapa Harga Petrol Tak Turun Turun.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar Jelaskan Kenapa Harga Petrol Tak Turun Turun..
link : Anwar Jelaskan Kenapa Harga Petrol Tak Turun Turun..

Baca juga


Anwar Jelaskan Kenapa Harga Petrol Tak Turun Turun..

Pada 2008, Anwar berjanji kepada orang ramai bahawa gabungan parti pembangkang yang dipimpinnya ketika itu akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja mendapat mandat untuk mentadbir negara.

Kemudiannya pada 17 Julai 2022 Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak petrol sehari selepas dia memegang tampuk kuasa.

Katanya dia sedar bahawa janji itu dipermainkan oleh orang ramai kerana Pakatan Harapan (PH) tidak menepatinya semasa mentadbir negara selama 22 bulan.

"Sekarang kalau kita berjaya kali ini, janji kita pada rakyat, jika kita berjaya, kita akan tunaikan sepenuhnya kepada rakyat.

"Kita menang hari ini, harga minyak jatuh esok.

“Saya (sebelum ini) bukan PM, macam mana boleh buat. Harga minyak tak boleh diturunkan kerana kerajaan fikir cara menyelamatkan orang di atas, dan kita fikir cara menyelematkan orang di bawah,” katanya pada sidang media selepas tamat Kongres Nasional PKR.

Semalam penerangan Perdana Menteri, Datuk Seri Awnar Ibrahim mengenai kenyataan beliau sekiranya menjawat jawatan tertinggi negara, harga petrol akan diturunkan sebanyak RM1.50 seliter menimbulkan pertikaman lidah antara kerajaan dan pembangkang.

Anwar berkata, kenyataan beliau bahawa harga petrol akan diturunkan RM1.50 seliter telah dipersetujui oleh gabungan tiga parti iaitu PKR, DAP dan juga PAS dalam Pakatan Rakyat pada 2008.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjelaskan harga petrol tidak boleh diturunkan kepada RM1.50 seliter susulan perkembangan membabitkan kadar semasa minyak mentah dunia.

Berikut adalah laporannya..

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga petrol tidak boleh diturunkan kepada RM1.50 seliter susulan perkembangan membabitkan kadar semasa minyak mentah dunia.

Perdana Menteri berkata, harga semasa petrol di Malaysia masih berada pada tahap rendah, iaitu RM2.05 seliter, berbanding Arab Saudi yang menetapkan pada kadar RM2.84 seliter.

Justeru, beliau yang juga Menteri Kewangan menyifatkan, tidak wajar jika cadangan diajukan beliau ketika 2018 itu, berterusan dimanipulasi, tanpa mengambil kira perkembangan semasa.

"Masa itu (2018), berapa harga minyak di Arab Saudi, 50 sen per liter, manakala di Malaysia (RM2.21 seliter).

"Sekarang semasa saya jadi Perdana Menteri, berapa harga petrol? Minyak di Arab Saudi RM2.84 seliter, manakala di Malaysia RM2.05 seliter.

"Kita kena ambil kira ini, kenaikan atau penurunan minyak. Itu maknanya, (harga) minyak kita masih rendah. "Justeru, tidak tepatlah jika mahu terus menggunakan komen dan hujan dibuat bersama-sama ketika kita dalam Pakatan Rakyat, sebelum ini," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini - BH


Demikianlah Artikel Anwar Jelaskan Kenapa Harga Petrol Tak Turun Turun..

Sekianlah artikel Anwar Jelaskan Kenapa Harga Petrol Tak Turun Turun.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar Jelaskan Kenapa Harga Petrol Tak Turun Turun.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/anwar-jelaskan-kenapa-harga-petrol-tak.html

Subscribe to receive free email updates: