Dilabel Sebagai Anjing UMNO, MCA Mahu DAP Mohon Maaf

Dilabel Sebagai Anjing UMNO, MCA Mahu DAP Mohon Maaf - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dilabel Sebagai Anjing UMNO, MCA Mahu DAP Mohon Maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dilabel Sebagai Anjing UMNO, MCA Mahu DAP Mohon Maaf
link : Dilabel Sebagai Anjing UMNO, MCA Mahu DAP Mohon Maaf

Baca juga


Dilabel Sebagai Anjing UMNO, MCA Mahu DAP Mohon Maaf

KUALA LUMPUR: DAP digesa memohon maaf kepada MCA kerana pernah menggelarkan parti itu sebagai anjing suruhan UMNO sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berikutan DAP dikatakan mula terkesan dengan kecaman pelbagai pihak yang menggelar parti itu kini sebagai 'anjing UMNO'.


DAP tidak sepatutnya rasa tersinggung apabila ada pihak menggelar mereka sebagai anjing UMNO kerana perkara yang sama pernah mereka buat terhadap MCA.

"Saya gembira mengetahui DAP tidak boleh menerima (kritikan) ini apabila mereka sendiri pernah melakukan lebih teruk selama beberapa dekad.

"Apakah bezanya digelar "anjing suruhan" dengan 'anjing UMNO' hanya kerana mempunyai pandangan jauh untuk mengakui dan menerima realiti politik pada masa itu? Kesedaran DAP terlalu lambat dan mereka kini hanya "meniru" naratif MCA selama ini yang berkorban dan berkompromi demi perpaduan dan keharmonian negara.

"DAP sekarang cuba berlakon menjadi mangsa dan rasa terhina apabila diberi gelaran nama. Daripada meminta Syed Saddiq menarik balik kenyataannya, DAP perlu terlebih dulu 'bertaubat' dengan memohon maaf kepada MCA untuk dicontohi dan diikuti oleh Syed Saddiq.

"DAP mesti menunjukkan penyesalan dan meminta maaf kepada MCA!" DAP mesti "taubat" untuk menjadi bersih dan dipercayai.," katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu reaksi kepada kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang tidak berpuas hati dengan kecaman Presiden Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggelar DAP sebagai 'anjing suruhan' Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum itu, bekas ketua pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mengeluarkan kritikan sama terhadap DAP dengan memberi gelaran serupa.

Syahredzan mendakwa kritikan itu menghina beliau sebagai orang Melayu.

Syed Saddiq dan Khairy membuat kenyataan itu apabila pihak pendakwaan memohon melepas tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi, Isnin minggu lalu.

Syed Saddiq kemudian menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan kini menjadi ahli parlimen pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat kerana tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

DAP pernah gelar Zahid Hamidi warga Indon ketika kempen

Lian Ker berkata, DAP tidak perlu terasa dengan kritikan yang dilemparkan kerana parti itu sebelum ini juga menggelar Ahmad Zahid sebagai warga 'Indon' ketika kempen pilihan raya.

"Dalam kempen sebelum pilihan raya, mereka mengajak rakyat supaya tidak mengundi MCA dan Khairy, dengan mendakwa undi untuk MCA dan Khairy adalah undi untuk 'orang Indonesia' merujuk kepada Zahid.

"Serangan dan penghinaan ini sangat berkesan terhadap lawan mereka (UMNO) ketika itu," katanya - BH




Demikianlah Artikel Dilabel Sebagai Anjing UMNO, MCA Mahu DAP Mohon Maaf

Sekianlah artikel Dilabel Sebagai Anjing UMNO, MCA Mahu DAP Mohon Maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dilabel Sebagai Anjing UMNO, MCA Mahu DAP Mohon Maaf dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/dilabel-sebagai-anjing-umno-mca-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: