‘Saya Bukan Pak Turut’ Kata Syed Saddiq

‘Saya Bukan Pak Turut’ Kata Syed Saddiq - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Saya Bukan Pak Turut’ Kata Syed Saddiq, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Saya Bukan Pak Turut’ Kata Syed Saddiq
link : ‘Saya Bukan Pak Turut’ Kata Syed Saddiq

Baca juga


‘Saya Bukan Pak Turut’ Kata Syed Saddiq

 

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau bukan “pak turut”, kata presiden Muda itu menjawab kritikan pemimpin Umno bahawa tindakan partinya keluar kerajaan sebagai helah menuntut jawatan dalam kerajaan.

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Muar itu menegaskan beliau inginkan kedudukan dalam pentadbiran Anwar Ibrahim, sudah tentu beliau hanya berdiam diri.

“Jadi ‘Pak turut’ bukan (keperibadian) Syed Saddiq,” katanya di Instagram sambil menyertakan tangkap layar laporan FMT berhubung kenyataan Puad itu.

Puad dilaporkan berkata tindakan Syed Saddiq meninggalkan blok kerajaan adalah “helah” untuknya menuntut jawatan dalam kerajaan dan Anwar tidak harus tunduk kepada desakan pemimpin parti yang hanya mempunyai satu kerusi Parlimen.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata perjuangan melawan rasuah sejak 2015 juga menyebabkan beliau melepaskan pelbagai peluang seperti biasiswa RM500,000 melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford selain pendapatan sebagai pensyarah sambilan, pegawai penyelidik dan pelatih debat.

“Tahun 2020 bila Sheraton berlaku, ditawarkan jawatan menteri dan GLC, saya tolak di atas faktor prinsip,” kata bekas menteri belia dan sukan di era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad itu merujuk kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Syed Saddiq mengumumkan Muda secara rasmi keluar blok kerajaan untuk menjadi pembangkang kuasa ketiga, tindakan itu sebagai protes keputusan mahkamah melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Zahid Hamidi terhadap 47 tuduhan dalam kes Yayasan Akalbudi.

Dakwa Syed Saddiq, tindakan kerajaan dilihat permulaan untuk ‘membiasakan’ amalan rasuah dan beliau enggan bertolak ansur dengan perbuatan tidak berprinsip seumpama itu - FMT




Demikianlah Artikel ‘Saya Bukan Pak Turut’ Kata Syed Saddiq

Sekianlah artikel ‘Saya Bukan Pak Turut’ Kata Syed Saddiq kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Saya Bukan Pak Turut’ Kata Syed Saddiq dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/saya-bukan-pak-turut-kata-syed-saddiq.html

Subscribe to receive free email updates: