Judul : Pemuda Amanah sokong Anwar dan Mahathir menentang kleptokrasi
link : Pemuda Amanah sokong Anwar dan Mahathir menentang kleptokrasi
Pemuda Amanah sokong Anwar dan Mahathir menentang kleptokrasi
Lihatlah kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi menyatakan sokongan kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai titik tolak kepada penyatuan rakyat menolak kekejaman rejim Umo-BN pimpinan Najib Razak.
Itu pendapat Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil ketika pertemuan bersejarah kedua-dua tokoh berkenaan selepas 18 tahun yang mengundang pro dan kontra rakyat Malaysia.
Menurutnya, rakyat harus mencontohi jiwa besar mereka memandangkan Mahathir telah menunjukan sokongan secara terbuka dalam menolak pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.
“Akta MKN adalah akta zalim yang mencabul kebebasan rakyat dan keluhuran perlembagaan. Justeru, kebersamaan Anwar dan Mahathir dalam penentangan akta ini menjadi contoh teladan bahawa rakyat perlu bersatu menentang kezaliman melangkaui sempadan ideologi politik,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pertemuan kedua-dua negarawan itu yang disulami senyuman dan berjabat tangan adalah satu isyarat jelas kepada rakyat bahawa mereka merupakan pemimpin berjiwa besar yang sanggup bersama-sama meletakkan kepentingan rakyat mengatasi sengketa.
“Perjuangan reformasi yang dipimpin Anwar pasti akan lebih bersemarak, inklusif dan ekstensif dengan sokongan bekas dan ahli Umno termasuk Tun Mahathir.
“Rakyat terutama anak muda harus bersama dengan gerakan menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi (pemerintahan oleh pencuri) Najib Razak,” jelasnya.
Tambah Faiz, usaha untuk menyelamatkan negara tercinta ini bukan lagi pilihan sebaliknya satu kewajipan.
Sehubungan itu, Pemuda Amanah, ujarnya lagi, akan terus berjuang bersama Pakatan Harapan menggerakkan massa bagi mencapai matlamat suci ini demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Semalam, Mahathir sempat bertemu Anwar sebelum mahkamah bersidang dan mereka kelihatan berpelukan seketika serta bersalaman sebelum beransur ke bilik saksi selama 30 minit ~ sumber

Demikianlah Artikel Pemuda Amanah sokong Anwar dan Mahathir menentang kleptokrasi
Sekianlah artikel Pemuda Amanah sokong Anwar dan Mahathir menentang kleptokrasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemuda Amanah sokong Anwar dan Mahathir menentang kleptokrasi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/pemuda-amanah-sokong-anwar-dan-mahathir.html