Judul : AGM MIC kecoh dua kumpulan penyokong baling botol
link : AGM MIC kecoh dua kumpulan penyokong baling botol
AGM MIC kecoh dua kumpulan penyokong baling botol
Oleh Haizal Yatiran
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC hari ini kecoh apabila berlaku insiden baling botol di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tindakan membaling botol itu dipercayai dilakukan penyokong daripada dua kumpulan - penyokong Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam dan bekas presiden, Datuk Seri G. Palanivel.
Penyokong G. Palanivel menuntut presiden MIC berundur daripada jawatan itu namun kumpulan penyokong S. Subramaniam bertindak mempertahankan ketua mereka.
Kedua-dua kumpulan mula menjerit sejurus membaling botol sesama mereka sehingga mencetuskan suasana kecoh.
Antara laungan yang mencetuskan perang mulut tersebut termasuklah "Undur Subra", "Sokong PM."
Keadaan bagaimanapun kembali tenang selepas dikawal anggota polis.
Terdahulu, ribuan penyokong gerakan anti presiden berkumpul di luar bangunan PWTC seawal jam 7.30 pagi bersama beberapa sepanduk berbentuk kecaman terhadap Subramaniam, antaranya "Subra Pencuri" dan "I Love PM".
Himpunan itu diketuai bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan bagi menyatakan bantahan terhadap kepimpinan Subramaniam.
“Anda lihat sendiri betapa ramai ahli MIC tidak berpuas hati dengan Dr Subramaniam. Kami akan lancarkan GAS pada November ini.
“Kita akan adakan perhimpunan bermula Stadium Negara yang bakal dihadiri 20,000 orang. Kemudian kita akan ke Johor, termasuk Segamat (kawasan Parlimen Dr Subramaniam),” katanya lagi.
Krisis dalam MIC bermula sejak Disember 2014, apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan keputusan pemilihan bagi jawatan 3 naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat ekoran aduan penyelewengan.
Sejak itu, pemimpin kedua-dua kem saling menyerang selain melibatkan proses mahkamah.
Dr Subramaniam dalam sidang media selepas perasmian mendakwa pihak yang berhimpun itu bukanlah ahli MIC, sebaliknya kumpulan yang dibayar pihak tertentu bagi menjadikan perhimpunan “lebih meriah.”
Katanya lagi, perbincangan dengan ahli dan pemimpin akar umbi MIC yang tidak berpuas hati sedang dilakukan dan mendakwa kebanyakannya sudah pulang kepada parti.
Demikianlah Artikel AGM MIC kecoh dua kumpulan penyokong baling botol
Sekianlah artikel AGM MIC kecoh dua kumpulan penyokong baling botol kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AGM MIC kecoh dua kumpulan penyokong baling botol dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/agm-mic-kecoh-dua-kumpulan-penyokong.html