Bagaimna dengan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam?

Bagaimna dengan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bagaimna dengan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bagaimna dengan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam?
link : Bagaimna dengan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam?

Baca juga


Bagaimna dengan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam?


Baguslah... bab kafir mengkafir mengenai isu pindaan RUU 355 dah selesai.Polimek RUU 355 tidak lagi dijadikan asas untuk menghukum dan melabel tanpa asas.Terima kasih kepada semua mereka yang terlibat serhingga mencapai rumusan demikian walaupun ianya agak lewat ditangani.

 Namun masih ada lagi yang perkara yang lebih parah dan masih belum ditangani walaupun telah sekian lama memecah belah dan terus mengelirukan masyarakat iaitu mengenai polemik keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam.

Gejala 'takfiri' ini amat merbahaya kerana ianya juga membawa maksud darah mereka yang di tuduh jatuh kafir itu adalah halal! Ini bukan perkara main-main. Kenyataan yang sedemikian perlu ditangani dengan kadar segera sebelum menjadi parah diresapi pemikiran ISIS

Walaupun menerusi satu perbicaraan saman terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Seksyen Kota Bahru Kelantan hari ini 19 April 2016 lalu, Ust Norazli Musa telah berkata "Saya tak kata keluar PAS kafir" , ianya dilihat sekadar muslihat untuk memenangi perbicaraan itu sahaja.

Sehingga kini Pas tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menyatakan bahawa "Keluar Pas tidak jadi Kafir" Kenapa?

Waima hadis Rasulullah SAW yang dibacakan Ust Norazli Musa yang menyatakan lima perintah itu menjadi kelaziman astaziah Pas membacanya untuk menakut-nakutkan orang Pas keluar parti. Sila rujuk rakaman dua vdo  di sini dan di sini

Seorang tokoh veteran PAS yang hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan Pas agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah Pas dengan bekata :
    “Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.
“Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”.
 “Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh. 
Malah, Presiden PAS Hj Hadi mentohmahkan mereka sebagai entiti yang lebih merbahaya dari musuh. Hj Hadi kata mereka itu sebagai pengkhianat yg perlu dihapuskan.

Saya yakin jika Pas benar-benar ikhlas untuk mencari kebenaran dan keadilan, apalah salahnya pimpinan Pas Pusat mengambil tindakan yang sama, yakni bertemu dan berbincang bagi menjernihkan suasana berkaitan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam.

Jangan hanya mengenai isu pindaan RUU 355 sahaja, Pas dilihat sanggup menyelesaikannya dengan baik tetapi tidak terhadap isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam.

Sementara perkara tersebut masih belum diselesaikan, harap mereka seperti Dr Rozaimi Ramli, Dr Maza, Dr Juanda, Loyar Zulhazmi, Ust Che Mohamad Ibrahim, Ust Wanji (sekadar menyebut beberapa nama) dan beberapa rakan lain, termasuk fesbuker dan blogger terus menerus membeikan kupasan dan penerangan yang benar mengenai dua perkara yang saya sebutkan diatas sehingga mendapat rumusan yang tuntas mengenainya.


Demikianlah Artikel Bagaimna dengan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam?

Sekianlah artikel Bagaimna dengan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bagaimna dengan isu keluar jemaah jadi kafir dan bab khadam mengkhadam? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/bagaimna-dengan-isu-keluar-jemaah-jadi.html

Subscribe to receive free email updates: