MIC mahu tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN

MIC mahu tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MIC mahu tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MIC mahu tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN
link : MIC mahu tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN

Baca juga


MIC mahu tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN

MALAYSIAKINI


MIC hari ini menyatakan hasrat untuk bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan pengagihan kerusi tersebut masih dalam perbincangan bersama Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita akan berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan ada kemungkinan kerusi MIC akan dipindahkan ke kawasan lain," katanya dalam sidang media bersempena Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Pada PRU13, BN memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dengan MIC menyumbangkan empat kerusi.

Terdahulu, Dr Subramaniam dalam ucapan dasarnya berkata melalui 11 Pelan Tindakan Pembangunan MIC, parti itu kini dalam proses mendekati masyarakat melalui pelbagai program dengan keutamaan kepada isu berkaitan generasi muda atau belia.

Ini termasuk cadangan menubuhkan 500 cawangan baharu dengan kesemuanya diketuai siswazah sebelum penghujung Disember 2016, sebagai sebahagian daripada program peremajaan parti seiring keadaan politik semasa.

Dr Subramanian yang juga Menteri Kesihatan berkata BN juga perlu melabur lebih banyak dalam mengukuhkan penggunaan media sosial dalam memerangi persaingan persepsi pada PRU14 nanti.

Menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai 'ibu segala pilihan raya umum", beliau mahu transformasi dalam semangat BN dilaksanakan untuk mengukuhkan konsep perkongsian kuasa antara pelbagai kaum bagi mempertahankan gabungan kepimpinan yang sudah 60 tahun mentadbir negara.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam dalam ucapannya turut membangkitkan peluang masyarakat India dalam sektor awam yang disifatkan belum menunjukkan perubahan walaupun perdana menteri telah meluluskan 1,500 jawatan tetap bagi kaum itu tahun lepas.

"Sehingga kini tiada pelantikan dapat dibuat kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkata tidak wujud keperluan untuk jawatan itu," katanya.

Presiden MIC itu turut menyentuh isu-isu pendidikan, peluang pekerjaan, perumahan, perniagaan mikro, penambahbaikan latihan kemahiran, kesihatan dan bantuan sosio-psikologi



Demikianlah Artikel MIC mahu tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN

Sekianlah artikel MIC mahu tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MIC mahu tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/10/mic-mahu-tanding-9-kerusi-parlimen-19.html

Subscribe to receive free email updates: