Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam

Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam
link : Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam

Baca juga


Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam


PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata penjawat awam, pelajar universiti dan ahli akademik ada hak untuk berhimpun secara aman.

 Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail berkata ia akan menjadi pelanggaran terhadap Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan jika hak kebebasan berhimpun secara aman disekat.

 Kenyataan itu dikeluarkan susulan amaran Menteri Pelajaran Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menghalang guru menyertai perhimpunan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur dan beberapa bandar besar lain.

 Hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau berdepan pemotongan gaji atau pemecatan, bergantung pada tahap penyertaan. 

 “Suhakam mengulangi lagi iaitu menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA), semua rakyat Malaysia ada hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata,” katanya dalam satu kenyataan.

 Razali berkata sementara hak untuk mengadakan demonstrasi balas perlu dikekalkan, polis dan pihak berkuasa perlu memastikan tindakan peserta tidak berubah menjadi ugutan dan merusuh.

 “Maka tanggungjawab polis untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat menyatakan kedudukan dan pendapat mereka secara bertanggungjawab,” katanya.

 Beliau berkata Suhakam menyokong usaha polis menunjukkan disiplin dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang.

 “Ini ialah ciri kematangan politik,” katanya.

 Selain itu, katanya Suhakam akan memantau perhimpunan berkenaan dan jabatan aduannya akan menerima laporan daripada orang awam. ~ sumber


Demikianlah Artikel Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam

Sekianlah artikel Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjawat awam berhak sertai perhimpunan aman, kata Suhakam dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/penjawat-awam-berhak-sertai-perhimpunan.html

Subscribe to receive free email updates: