Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR

Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR
link : Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR

Baca juga


Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR


Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai setiausaha agung PKR serta-merta bermula hari ini.

Jawatannya itu kini diisi semula Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang sebelum ini pernah menjadi setiausaha agung parti itu pada 2010 sehingga 2014.

Peletakan jawatan Rafizi itu dibuat susulan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas disabitkan bersalah atas 2 tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), baru-baru ini.

“Jika saya terus memegang jawatan setiausaha agung, ketidaktentuan kelayakan saya di sisi undang-undang boleh memberi ruang kepada musuh politik kita menggunakannya untuk membantutkan persediaan parti.

“Saya tidak mahu faktor saya dijatuhkan hukuman mendatangkan risiko tambahan yang perlu ditangani parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Rafizi berkata jawatannya sebagai naib presiden PKR masih kekal dan akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.

“Saya kini kekal sebagai salah seorang naib presiden yang dipilih ahli parti dan akan terus melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.

“Mandat sebagai naib presiden diberikan ahli, maka saya akan terus menjawatnya sehinggalah proses undang-undang memuktamadkan kedudukan saya di sisi undang-undang kelak,” katanya.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan lain, mengesahkan peletakan jawatan Rafizi dan memaklumkan mengenai pelantikan Saifuddin.

“Saya menerima surat peletakan jawatan YB Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung yang disampaikan dengan tangan kepada saya hari ini.

“Perkara ini dibincangkan terlebih dulu mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman atas pelbagai pertuduhan yang dibawa terhadapnya,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Saifuddin bertanding di Parlimen Machang, Kelantan dan menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Sazmi Miah.


Demikianlah Artikel Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR

Sekianlah artikel Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi Letak Jawatan, Saifuddin Nasution Kembali Setiausaha Agung PKR dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/rafizi-letak-jawatan-saifuddin-nasution.html

Subscribe to receive free email updates: