Mahasiswa mohon perisytiharaan penggantungan tak sah

Mahasiswa mohon perisytiharaan penggantungan tak sah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahasiswa mohon perisytiharaan penggantungan tak sah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahasiswa mohon perisytiharaan penggantungan tak sah
link : Mahasiswa mohon perisytiharaan penggantungan tak sah

Baca juga


Mahasiswa mohon perisytiharaan penggantungan tak sah

Hafiz Yatim 



Empat pelajar Universiti Malaya, termasuk Anis Syafiqah Md Yusof, hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, memohon perintah bahawa tindakan disiplin ke atas mereka adalah tidak berperlembagaan.

Anis Syafiqah dan Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali adalah pelajar tahun akhir yang digantung oleh Lembaga Disiplin Universiti Malaya untuk penggajian semester akan datang kerana pembabitan mereka dalam perhimpunan "Tangkap MO1" pada Ogos lalu.

Selain daripada kedua-dua mereka, pelajar-pelajar lain yang digantung itu adalah Muhamad Luqman Hakim Mohd Fazli dan Suhail Wan Azahar.

Mereka menamakan UM, menteri pendidikan tinggi dan kerajaan sebagai defendan dalam saman itu.
Mereka juga memohon deklarasi bahawa Seksyen 15 (3) (b) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Peraturan 3 dan 13 Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar), yang melarang pelajar daripada mengambil bahagian dalam demonstrasi aman, melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.

Mereka juga memohon perisytiharan bahawa Seksyen 15 (3) (b) Auku dan kedua-dua peraturan itu melanggar Perkara 10 (1) (a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan mengawal tingkah laku mereka di institusi pengajian tinggi di luar kampus.

Perhimpunan Tangkap MO1 menyaksikan sekitar 2,000 pelajar berkumpul untuk mendesak tindakan terhadap tokoh yang dinamakan 36 kali sebagai 'Malaysian Official 1 (MO1) dalam saman sivil pelucuthakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Saman itu adalah sebahagian daripada usaha anti-kleptokrasi terbesar AS setakat ini, dan bertujuan untuk merampas aset dan perbelanjaan yang didakwa DOJ telah digelapkan daripada 1MDB.



Demikianlah Artikel Mahasiswa mohon perisytiharaan penggantungan tak sah

Sekianlah artikel Mahasiswa mohon perisytiharaan penggantungan tak sah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahasiswa mohon perisytiharaan penggantungan tak sah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/12/mahasiswa-mohon-perisytiharaan.html

Subscribe to receive free email updates: