Judul : 500 pesawah terima baja organik atasi BLB
link : 500 pesawah terima baja organik atasi BLB
500 pesawah terima baja organik atasi BLB
OLEH LIZAWATI MADFASABAK BERNAM=: Seramai 500 pesawah di DUN Sungai Panjang menerima bantuan baja organik bernilai RM250 setiap seorang bagi mengawal serangan penyakit hawar daun bakteria (BLB).
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sumbangan itu mampu membantu petani mengelakkan kerugian sika serangan BLB dapat dikawal atau dicegah.
“Kerajaan Negeri juga berharap petani memperolehi hasil lebih baik untuk pendapatan mereka selepas mengalami kerugian ekoran BLB, sebelum ini.
“Buat masa ini, wabak BLB masih belum ada penawarnya, namun kita yakin ia boleh dikawal jika petani mengikut langkah disarankan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bantuan Baja kepada pesawah DUN Sungai Panjang di Dewan Orang Ramai Simpang Lima, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Pertanian Selangor, Idrus Abdul Hamid dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Dr Akma Ngah Hamid.
Terdahulu, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM800,000 bagi membantu pesawah di daerah itu yang terjejas ekoran wabak BLB.
Pada 5 Disember lalu, serangan BLB menyebabkan hasil sawah padi seluas 3,700 hektar di Sabak Bernam musnah dengan kerugian hampir RM5 juta.
Serangan itu dikatakan paling teruk berlaku pada musim kedua tahun ini selepas serangan terakhir, pada 2013.-AA-
Demikianlah Artikel 500 pesawah terima baja organik atasi BLB
Sekianlah artikel 500 pesawah terima baja organik atasi BLB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 500 pesawah terima baja organik atasi BLB dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/500-pesawah-terima-baja-organik-atasi.html