Pendedahan Tun M sahkan dakwaan Tunku Aziz - Shahrizat

Pendedahan Tun M sahkan dakwaan Tunku Aziz - Shahrizat - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendedahan Tun M sahkan dakwaan Tunku Aziz - Shahrizat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendedahan Tun M sahkan dakwaan Tunku Aziz - Shahrizat
link : Pendedahan Tun M sahkan dakwaan Tunku Aziz - Shahrizat

Baca juga


Pendedahan Tun M sahkan dakwaan Tunku Aziz - Shahrizat

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP pernah menuntut diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), mengesahkan dakwaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebelum ini. 
 
Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pendedahan itu sekali gus membongkar agenda dan matlamat sebenar DAP yang mahu mengetuai Pakatan Harapan (PH) serta mengambil alih kuasa politik Melayu di Putrajaya. 
 
"Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, yang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebenarnya pertandingan antara dua kuasa besar politik di Malaysia iaitu Umno dan DAP. 
 
"Jika Barisan Nasional (BN) menang, Umno akan terus mentadbir Putrajaya dan jika Pakatan Harapan menang, maka DAP pula akan mentadbir Putrajaya. 
 
"Ternyata PRU14 bukanlah medan untuk DAP mendahulukan rakyat tetapi hanya alat untuk mereka menguasai politik Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Tunku Aziz sebelum ini pernah mendedahkan wujudnya pakatan sulit antara Dr Mahathir dengan Lim Kit Siang untuk menaikkan Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri dan Penasihat DAP itu sebagai timbalannya jika Pakatan Harapan memenangi PRU14.
 
Manakala pada minggu lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu program mendedahkan, DAP ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi (PRU14).
 
Beliau berkata DAP tidak meminta jawatan Perdana Menteri kerana akur kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini namun meletakkan harapan untuk mengisi jawatan kedua tertinggi negara.
 
Bagaimanapun mantan Perdana Menteri itu mendakwa media tertentu memutar-belitkan kata-kata beliau mengenai isu berkenaan. 
 
Dr Mahathir sebaliknya berkata, beliau hanya 'pernah mendengar' cadangan sedemikian



Demikianlah Artikel Pendedahan Tun M sahkan dakwaan Tunku Aziz - Shahrizat

Sekianlah artikel Pendedahan Tun M sahkan dakwaan Tunku Aziz - Shahrizat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendedahan Tun M sahkan dakwaan Tunku Aziz - Shahrizat dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/pendedahan-tun-m-sahkan-dakwaan-tunku.html

Subscribe to receive free email updates: