Pusat pemindahan dinaiki air, mangsa banjir di Pekan berpindah lagi

Pusat pemindahan dinaiki air, mangsa banjir di Pekan berpindah lagi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pusat pemindahan dinaiki air, mangsa banjir di Pekan berpindah lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pusat pemindahan dinaiki air, mangsa banjir di Pekan berpindah lagi
link : Pusat pemindahan dinaiki air, mangsa banjir di Pekan berpindah lagi

Baca juga


Pusat pemindahan dinaiki air, mangsa banjir di Pekan berpindah lagi

BERNAMA
 
 
Banjir di Pekan, Pahang belum surut Banjir di Pekan, Pahang belum surut

Lima hari lepas mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Temai, Pekan, Pahang selepas rumah dilanda banjir, hari ini mereka dipindahkan lagi apabila "rumah sementara" itu pula dinaiki air.

Sebanyak 112 mangsa di pusat pemindahan itu terpaksa dibawa keluar oleh pihak berkuasa menaiki bot bermula 9 pagi tadi selepas limpahan air Sungai Pahang menyebabkan pusat pemindahan sementara berkenaan dinaiki air setinggi tiga meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata mangsa yang merangkumi 27 keluarga itu dipindahkan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai setelah jawatankuasa bencana mendapati paras air semakin meningkat.

"Sekolah ini memang dinaiki air semasa mangsa banjir dipindahkan lima hari lepas, namun ini sahaja bangunan paling tinggi di Kampung Temai menyebabkan mangsa banjir ditempatkan di tingkat satu bangunan sekolah itu.

"Bagaimanapun hari ini paras air semakin meningkat selain arus semakin kuat disebabkan air turun dari hulu Sungai Pahang yang dikhuatiri boleh membahayakan penghuni menyebabkan mereka perlu dipindahkan," katanya kepada Bernama selepas operasi menyelamat berkenaan dilakukan hari ini.

Wan Samsul Effendi berkata proses memindahkan mangsa banjir itu mengambil masa kira-kira dua jam dengan kerjasama bomba, polis, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu seorang mangsa, Mariani Musa, 50, berkata kejadian pusat pemindahan banjir ditenggelami air bukan perkara baharu bagi penduduk kampung berkenaan.

"Di kawasan lain pusat pemindahan terletak di kawasan tinggi dan tidak banjir, namun bagi kami, walaupun SK Kampung Temir ini sendiri banjir, inilah antara pusat pemindahan kami saban tahun setiap kali bencana itu melanda," katanya.

Dia yang berpindah di situ sejak lima hari lalu bersama suami Ahmad Amid, 60 dan lapan lagi anggota keluarga, berkata walaupun 'terkepung' air, perkara itu tidak menimbulkan masalah bagi mereka.

"Walaupun tidak boleh ke mana-mana, ia bukan masalah sebab pusat pemindahan ini agak selesa, barang keperluan juga mencukupi," katanya.

Bagi Hasliza Amanah, 43, pula kejadian sama pernah berlaku pada 2014 semasa kawasan itu dilanda banjir besar.

"Tiga tahun lepas keadaan sama pernah berlaku dan ketika itu saya berada di pusat pemindahan banjir selama sebulan iaitu dua minggu di SK Kampung Temir dan dua minggu lagi di IKBN Paloh Hinai.

"Namun saya berharap tahun ini banjir akan lebih cepat surut dan keadaan akan pulih seperti sedia kala, "katanya.



Demikianlah Artikel Pusat pemindahan dinaiki air, mangsa banjir di Pekan berpindah lagi

Sekianlah artikel Pusat pemindahan dinaiki air, mangsa banjir di Pekan berpindah lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pusat pemindahan dinaiki air, mangsa banjir di Pekan berpindah lagi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/01/pusat-pemindahan-dinaiki-air-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates: