Pas patut keluar dari Selangor serta merta kerana dasarnya tidak suka DAP !

Pas patut keluar dari Selangor serta merta kerana dasarnya tidak suka DAP ! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pas patut keluar dari Selangor serta merta kerana dasarnya tidak suka DAP !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pas patut keluar dari Selangor serta merta kerana dasarnya tidak suka DAP !
link : Pas patut keluar dari Selangor serta merta kerana dasarnya tidak suka DAP !

Baca juga


Pas patut keluar dari Selangor serta merta kerana dasarnya tidak suka DAP !


 Presiden Pas Hj Hadi dengan bongkaknya telah menolak kerjasama antara parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana PPBM ada hubungan dengan DAP serta AMANAH, meskipun wujud perbincangan sebelum ini.

“Kita sudah ada dasar, kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH,” tegas Hj Hadi.

 Begitu juga hubungan dan kedukan Pas dengan PKR di Selangor, kita tunggu dan lihat perkembangannya pada Muktamar Pas pada April nanti," kata Abdul Hadi.

 Pesuruhjaya Pas, Iskandar Samad pada kenyataan Hj Hadi kali ini, menyatakan kesediaannya untuk meletakan jawatan Exco dan juga jawatan di GLC selangor selaras dengan kehendak presidennya.

 Woit! Tunggu Muktamar? Buat apa Pas perlu tunggu Muktamar untuk buat keputusan mengenai hubungannya dengan PKR di Selangor?

 Hj Hadi dah isytiharkan Pas tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH. Bukankah PKR ada hubungan dengan DAP dan Amanah di Selangor?

  Tunggu apa tunggu? Pas patut keluar dari Selangor serta merta dengan segera kalau dasarnya tidak suka DAP kerana menentang Islam!

 Harap-harap Iskandar Samad dan kuncu-kuncu walaunnya semua sila letak jawatan dan berambus serta merta kalau ada maruah diri.

   Tentu kalian masih ingat bagaimana liatnya walaun Pas di Pulau Pinang nak letak jawatan bila LGE istiharkan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan dan tidak lagi sebagai mana sebelumnya iaitu kerajaan Pakatan Rakyat.

  Hampir 500 pimpinan PAS di semua peringkat terlibat dengan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang ketika PR masih terbentuk.

  Di Selangor, bilangannya lebih ramai lagi. Bayangkanlah apa akan terjadi dengan walaun-walaun di Selangor kalau Pas benar-benar melaksanakan dasarnya sebagaimana yang Hj Hadi laungkan :
"Kita tidak bekerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan AMANAH!"
  Adalah bukan baru kali ini sahaja Pas berkata perkara yang sama. Sebelum ini, di akhir September 2015, Ketua Dewan Ulama PAS Dr Mahfodz Mohamed pernah mengancam mahu membawa PAS keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

 Tetapi cakap-cakap itu senyap begitu sahaja bila Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dilihat  perlekehkan kenyataan Dr Mahfodz itu.

 Itu hanyalah pandangan peribadi Dr Mahfodz Mohamed, bukan pandangan PAS Selangor, kata Iskandar. Baca di sini.

  Mungkin antara sebab itu juga, maka Ustaz Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook pernah menyatakan bahawa "Ulama Pas Pusat kesal Pas Selangor sayangkan jawatan."

 Tetapi sehingga kini Pas tanpa berasa malu masih tetap mahu bersama DAP dan PKR di Selangor, bukan sebab soal aqidah sangat, tetapi disebabkan ‘Ganimah’ Pa$ Pi$ Pu$ ....

 Rakyat tidak lagi akan mudah terpedaya dengan cara politik Pas yang semata-mata bertopengkan agama. Rakyat akan hukum Pas pada PRU akan datang nanti.

 Amanah, DAP, PKR bersama BERSATU sudah jenuh mengajak Pas untuk bersama menentang Umno/BN, tetapi Pas menolak mentah-mentah begitu sahaja.

 Tetapi Pas kata dia akan menentang Umno/BN juga … itulah sandiwara Pas. Pas ingat semua orang mudah ditipu begitu sahaja.

 Banyak situasi yang menggambarkan kepada kita perkara yang sebenarnya bahawa Pas adalah bersama dengan Umno/BN.

 Maka Pakatan Harapan bersama BERSATU akan menentang Umno/BN dan juga Pas! 


Demikianlah Artikel Pas patut keluar dari Selangor serta merta kerana dasarnya tidak suka DAP !

Sekianlah artikel Pas patut keluar dari Selangor serta merta kerana dasarnya tidak suka DAP ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pas patut keluar dari Selangor serta merta kerana dasarnya tidak suka DAP ! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/pas-patut-keluar-dari-selangor-serta.html

Subscribe to receive free email updates: