Veteran tentera rayu elaun sara hidup

Veteran tentera rayu elaun sara hidup - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Veteran tentera rayu elaun sara hidup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Veteran tentera rayu elaun sara hidup
link : Veteran tentera rayu elaun sara hidup

Baca juga


Veteran tentera rayu elaun sara hidup

BERNAMA
 
 
Persatuan Veteran Angkatan Tentera MalaysiaPersatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) merayu agar kerajaan mempertimbangkan permohonan penyediaan skim elaun sara hidup secara automatik kepada anggotanya apabila mencapai usia 60 tahun.

Presidennya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata skim yang dicadangkan itu akan dikhaskan kepada anggota persatuan yang tidak berpencen dengan elaun RM500 sebulan.

Katanya, ini berikutan lebih 200,000 ahli yang memohon bersara sebelum memasuki skim berpencen kini berdepan masalah kos sara hidup termasuk tidak memiliki rumah sendiri.

"Kebanyakan bekas tentera yang memilih bersara awal pada usia 30-an terpaksa mencari pekerjaan sendiri dan dikategorikan sebagai golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

"PVATM menyarankan kepada anggota yang sedang berkhidmat sekarang supaya mencukupkan tempoh 21 tahun berkhidmat mereka agar layak masuk ke skim berpencen atau kaedah diwujudkan supaya setiap anggota ATM dapat mencukupkan tempoh perkhidmatan untuk membolehkan mereka bersara dengan mendapat ganjaran pencen," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan kepada ahli persatuan yang kurang upaya Wan A Razak Wan Jusoh, 59, di Kampung Renek, Besut, semalam.

Mohd Anwar turut berharap agar kerajaan negeri turut sama menimbang bagi menyediakan kawasan tapak perumahan untuk dibina oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera bagi anggotanya.

"Ini sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada anggota ATM termasuk melihat semula jumlah pencen yang dinikmati bekas anggota ATM yang tamat perkhidmatan sebelum tahun 1994 yang begitu ketara perbezaannya," katanya.



Demikianlah Artikel Veteran tentera rayu elaun sara hidup

Sekianlah artikel Veteran tentera rayu elaun sara hidup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Veteran tentera rayu elaun sara hidup dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/veteran-tentera-rayu-elaun-sara-hidup.html

Subscribe to receive free email updates: