[VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa

[VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa
link : [VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa

Baca juga


[VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa

Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan Pakatan Harapan akan melakukan perubahan struktural dan tatacara urustadbir negara jika diberi kemenangan dan mandat oleh rakyat untuk memerintah negara selepas pilihanraya akan datang nanti.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub di dalam satu majlis ceramah Pakatan Harapan di Telok Mas baru-baru ini.

Salah satunya ialah menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada hanya dua penggal sahaja.

"Kita tidak mahu mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah yang lalu," tegasnya.


Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa untuk mendakwa.

Satu kaedah atau undang-undang khas bagi peruntukan pertuduhan pemecatan (impeachment) juga akan diwujudkan bagi membolehkan tindakan eksekutif dicabar, tambahnya lagi.

Beliau turut mengulanginya di dalam di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dengan menyatakan perdana menteri dan anggota kabinet perlu dikawal selia oleh mekanisme yang berkesan di negara luar, seperti Amerika Syarikat dan Korea Selatan, yang membuatkan presiden “gerun” jika terpalit skandal.

Beliau memberikan contoh bagaimana Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye sedang bertarung dalam parlimen selepas dikaitkan dengan beberapa isu salah guna kuasa yang berkaitan kepentingan awam.

“Lebih menarik juga, Presiden Donald Trump turut mengundang dirinya sendiri untuk dilakukan impeachment oleh ahli-ahli kongres akibat daripada polisinya menghalang orang dari tujuh buah negara Islam memasuki Amerika Syarikat,” katanya.

Bagaimanapun, kata Salahuddin, pertuduhan pemecatan tidak diperuntukkan dalam mana-mana akta atau peraturan di Malaysia dan mungkin hanya boleh dilakukan jika perlembagaan dipinda atau Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat diolah semula.

“Kelebihan undang-undang impeachment ialah memberikan kuasa kepada parlimen untuk menjalankan peranan semak dan imbang kepada kuasa perdana menteri dan jemaah menteri sekiranya mereka terlibat dengan pelbagai skandal salah guna kuasa.

“Ini juga akan mengangkat wibawa dan integriti parlimen di mata masyarakat tempatan dan antarabangsa,” tambahnya.

Sekarang ini, usaha menyingkirkan perdana menteri cuba dibuat melalui usul undi tidak percaya di parlimen.

VIDEO







FEATURED ADS





Demikianlah Artikel [VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa

Sekianlah artikel [VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [VIDEO] PM Hanya 2 Penggal Jika Pakatan Harapan Berkuasa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/video-pm-hanya-2-penggal-jika-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates: