Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau

Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau
link : Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau

Baca juga


Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau

 

Oleh USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAD


PENGLIBATAN kalangan guru di dalam politik terutamanya parti bukan kerajaan tidak harus 'dimangsakan' atau dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk mengambil tindakan sewenangnya.

Sebaliknya, penyertaan aktif dengan parti-parti politik berdaftar perlu dirai dan dihormati selaras hak perlembagaan dan amalan demokrasi yang subur serta adil, dengan harapan ia juga satu bentuk sumbangan kepada negara.

Demikian itu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid tidak perlu mengeluarkan amaran bernada ugutan dan dilihat emosi, serta mengundang tindakan politik yang 'dihalalkan' atas nama pentadbiran.

Sebaliknya, kementerian perlu sentiasa membuat penilaian adil dan mengeluarkan garis jelas kepada para guru berhubung kebenaran yang pernah dikeluarkan dari pindaan Peraturan 21 (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekiranya tidak, tindakan Mahdzir hanya dilihat langkah terdesak menjelang PRU14 yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan cuba menakutkan atau menghukum guru terlibat.

Namun disokong dan harus dipastikan agar kedudukan di dalam politik kepartian tidak hingga mengabai tanggungjawab atau tugas asasi dalam perkhidmatan keguruan.

Juga tidak mengheret persekitaran dan masa pekerjaan menjadi medan atau mewujudkan kancah pertembungan politik. Jauh sekali terjebak dengan politik adu domba, fitnah dan perpecahan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yakin bahawa para guru sentiasa mengekalkan profesionalisme dan integriti perkhidmatan, serta sensitiviti etika dan disiplin yang tinggi kerana guru adalah 'tokoh' masyarakat yang sentiasa tinggi komitmen memberi khidmat bakti kepada masyarakat.

*USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAD Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah 




Demikianlah Artikel Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau

Sekianlah artikel Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkan Guru Berpolitik, Selagi Tidak Melampau dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/benarkan-guru-berpolitik-selagi-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: