Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April

Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April
link : Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April

Baca juga


Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April

OLEH SYAZWANI SUFIAN

PERTANIAN


TANJUNG KARANG: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM50,000 bagi menubuhkan Pasar Agro yang pertama di Bagan Terap, Sabak Bernam yang dijangka bermula bulan depan.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, bermula di Bagan Terap kewujudan pasar itu membolehkan peniaga memasarkan hasil tani secara terus kepada pengguna dan seterusnya dilaksanakan di setiap daerah.

“Tahun lalu kita ada buat gimik pelancaran di Daerah Gombak namun di situ memang sudah wujud pasar pagi cuma kita membuat penjenamaan semula, tetapi di Bagan Terap ini kita bermula dan kosong dan inilah yang pertama.

“Pasar ini turut memberi kemudahan kepada penternak dan juga nelayan untuk menjual secara langsung kepada pengguna dan hanya 20 peratus sahaja yang bukan dari hasil tani.

“Kita mohon kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) mengambil inisiatif mengepalai program ini bersama pihak berkuasa tempatan dan JKK kampung,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Karnival Jelajah Infratani Peringkat DUN Sungai Burong, hari ini.

Zaidy turut melahirkan rasa bimbang apabila beliau menerima aduan apabila petani mengalamai masalah air hujan lebat sehingga menyebabkan tanaman mereka tenggelam dan rosak.

“Lebih teruk apabila ada diantara mereka yang meminjam wang daripada peraih dan hasil itu akan diberikan kepada peraih serta harga jualan itu juga ditentukan oleh peraih.

“Jadi Kerajaan Negeri akan sentiasa usaha memikirkan cara membantu untuk mengelak perkara sebegini berulang. Selain pasar agro ini, kita juga berbincang dengan HIJRAH untuk membantu petani dari sudut modal agar dapat meningkatkan kepada RM20,000.

“Kita juga berbincang berbincang dengan Agro Bank berkenaan insuran untuk membantu petani jika menghadapi musibah mahupun bencana, namun perkara ini masih dalam peringkat kajian,” katanya.=EZY=



Demikianlah Artikel Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April

Sekianlah artikel Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasar Agro pertama di Bagan Terap dijangka April dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/pasar-agro-pertama-di-bagan-terap.html

Subscribe to receive free email updates: