Peminjam boleh naik pesawat selepas bayar pinjaman PTPTN di klia2

Peminjam boleh naik pesawat selepas bayar pinjaman PTPTN di klia2 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peminjam boleh naik pesawat selepas bayar pinjaman PTPTN di klia2, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peminjam boleh naik pesawat selepas bayar pinjaman PTPTN di klia2
link : Peminjam boleh naik pesawat selepas bayar pinjaman PTPTN di klia2

Baca juga


Peminjam boleh naik pesawat selepas bayar pinjaman PTPTN di klia2

 
Pengerusi PTPTN berkata, kaunter berkenaan beroperasi 24 jam dan pegawai bertugas turut menyediakan khidmat rundingan kepada peminjam terbabit.


Shamsul-Anuar_ptptn_klia2_600


KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membuka kaunter di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi memudahkan peminjam disenarai hitam, yang mahu ke luar negara, membayar pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, kaunter berkenaan beroperasi 24 jam dan pegawai bertugas turut menyediakan khidmat rundingan kepada peminjam terbabit.

“Isu peminjam disenarai hitam tidak dibenarkan ke luar negara antara isu yang kita mahu selesaikan.

“Jadi, dengan pembukaan kaunter ini, peminjam terlibat boleh berunding dan menyelesaikan tunggakan mereka serta-merta, kemudian boleh meneruskan perjalanan,” katanya kepada Bernama di Parlimen hari ini.

Shamsul berkata, pembukaan kaunter tersebut antara usaha PTPTN mengutip lebih banyak pinjaman tertunggak.

Selain disenarai dalam Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS), peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman turut disenarai hitam Jabatan Imigresen.

Dalam perkembangan berkaitan, Shamsul berkata, PTPTN menyasarkan kutipan pinjaman sebanyak RM4 bilion tahun ini.

Menurutnya, perbadanan itu juga sedang melaksanakan pelbagai langkah membolehkan institusi berkenaan memberikan pinjaman kepada pelajar baharu pada kadar seperti sebelum ini.

“Oleh kerana ada isu pelajar baharu yang pinjamannya dikurangkan, kita mahu sasarkan supaya kita boleh memberi jumlah pinjaman seperti kadar asal kepada mahasiswa baharu,” katanya.



Demikianlah Artikel Peminjam boleh naik pesawat selepas bayar pinjaman PTPTN di klia2

Sekianlah artikel Peminjam boleh naik pesawat selepas bayar pinjaman PTPTN di klia2 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peminjam boleh naik pesawat selepas bayar pinjaman PTPTN di klia2 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/peminjam-boleh-naik-pesawat-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: