Judul : RUU 355 : Hj Hadi patut terima cabaran Dr Maza berbahas dengannya
link : RUU 355 : Hj Hadi patut terima cabaran Dr Maza berbahas dengannya
RUU 355 : Hj Hadi patut terima cabaran Dr Maza berbahas dengannya
Tolonglah jangan gagalkan hajat Dr Maza mahu berdebat dengan Tok Lebai Marang kamu itu. Walaun sepatutnya menggesa Hj Hadi supaya berani tampil dan berdepan untuk menyahut cabaran Dr Maza.
Inilah peluang Hj Hadi untuk menjelaskan kepada mereka yang menyanggah cadangan pindaan Akta RUU 355. Kenapa mesti menolaknya?
Bukankah Allah sendiri menggalakan supaya diadakan perdebatan atau berhujjah demi menyeru ke jalan Allah? Jelas sekali firman Allah dalam perkara ini.
{ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِين} (125) سورة النحل
Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
Perdebatan ini sudah tentunya akan memberi pencerahan dan huraian mengenai cadangan pindaan Akta 355. Inilah yang sepatutnya Pas lakukan; bukan dengan membuat himpunan yang sia-sia di padang burung tempohari.
Adalah amat malang sekali apabila Dr Rora terima cabaran at-Takiri yang mahu berdebat dengan sesiapa sahaja yang tidak setuju dengan cadangan pindaan RUU 355, tiba-tiba muncul malaun mencadangkan supaya at-Takiri berdebat dengan Dr Maza.
At-Takiri sepatutnya tidak berdalih dan lari dari cabarannya sendiri bila Dr Rora telah menerimanya dengan menghantar wassap dan surat tanda bersetuju. Sudah pun ada pihak yang sanggup menyediakan tempat dan keperluan untuk menjayakan perdebatan tersebut. hanya menunggu kata putus persetujuan dari at-Takiri sahaja.
Dan bila Dr Maza kata dia lebih minat berdebat dengan Hj Hadi sendiri dalam isu tersebut, macam-macamlah pula walaun cuba untuk menghalangnya dari terjadi.
AJK Pas cadangkan Hj Hadi jangan terima cabaran Dr Maza. Tapi yang agak kelakar ada yang perli suruh Dr Maza masuk 'Raja Lawak'.
Walaun semua beranggapan Hj Hadi tu hebat sangat ilmunya hingga orang lain seperti Dr Maza tidak setaraf untuk berdebat dengan Hj Hadi tokoh olamak taraf donia dan lebih besar ??
Kah! Kah! Kah! Saya dulu sewaktu jadi walaun pun turut beranggapan begitu juga. Pada anggapan saya (dulu-dululah...) Hj Hadi ilmunya sangat luar biasa hebat! Terlalu hebat ilmu Hj Hadi pada pandangan saya ...
Tapi realitinya, Hj Hadi nampak hebat sebab dia bercakap sorang-sorang sahaja diatas pentas. Dia tidak pernah berforum atau berdebat dengan orang lain selama ini...Maka nampaklah dia hero sangat!
Yang sebenarnya, Hj Hadi tidak sehebat mana pung... kita boleh nampak bagaimana Hj Hadi menggelabah beruk dalam dewan bila selesai sahaja membacakan usul dengan tergagap-gap, Yang Dipertua Dewan, Pandikar Amin meminta Hj Hadi menghuraikan RUU yang dibacanya itu tadi.
"Yang berhormat, ini, bila pasti Yang Berhormat hurai dulu.... Kalau Yang Berhormat hurai sekarang boleh, kalau Yang Berhormat hurai dimasa akan datang pun boleh... dibawah peraturan mesyuarat 15(5). Mana satu? Saya mesti minta kepastian..." kata Pandikar Amin. (Pandikar Amin dah tolong selamatkan Hj Hadi tu...)
Hj Hadi terus mengelabah tak keruan.Dia tercari-cari skrip yang nak dibacanya .... Walhal skrip yang perlu Hj Hadi ucapkan itu pendek dan ringkas sahaja.....
"Tuan Yang Dipertua, saya mohon supaya usul ini ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut mesyuarat 15 (5)"
Kalau nak cakap itu pun Hj Hadi kena berpandukan skrip, bayangkanlah bila hujjahnya disanggah oleh lawannya nanti???
Kalau walaun tidak percaya , buktikanlah kepada kami semua kehebatan Tok Lebai Marang kamu itu. Tolong jangan halang perdebatan antaranya dengan Dr Maza. Tolong desak Tok Lebai Marang kamu itu terima cabaran Dr Maza.
Apakah walaun semua tidak mahu melihat dan membuktikan kepada kita semua bagaimana kehebatan sebenar Tok Lebai Marang mereka ini dengan berdebat dengan Dr Maza??
Apakah walaun semua tidak mahu melihat dan membuktikan kepada kita semua bagaimana kehebatan sebenar Tok Lebai Marang mereka ini dengan berdebat dengan Dr Maza??
Demikianlah Artikel RUU 355 : Hj Hadi patut terima cabaran Dr Maza berbahas dengannya
Sekianlah artikel RUU 355 : Hj Hadi patut terima cabaran Dr Maza berbahas dengannya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RUU 355 : Hj Hadi patut terima cabaran Dr Maza berbahas dengannya dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/ruu-355-hj-hadi-patut-terima-cabaran-dr.html