SEBATAN SECARA ISLAM?

SEBATAN SECARA ISLAM? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SEBATAN SECARA ISLAM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SEBATAN SECARA ISLAM?
link : SEBATAN SECARA ISLAM?

Baca juga


SEBATAN SECARA ISLAM?

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


1. Sudah beratus-ratus kali diberitahu, kami bukan anti hudud, bukan tolak hukuman sebat, bukan nafikan kewajipan potong tangan, jauh sekali utk mempersenda atau mempersoalkan kewajipan pelaksanaan syariat Allah. Itu bukan kami.

2. Perkara yg kami persoalkan ialah kewibawaan pelaksananya. Kami tidak percaya keadilan yg menjadi matlamat syariah boleh tertegak jika pelaksananya adalah sebuah kerajaan kleptokrasi. Masuk akalkah pemimpin lemah, korup dan khianat akan berupaya menegakkan keadilan?

3. Hukuman sebat secara Islam memang adil, tetapi syariat Islam bukan sebatan saja. Hal ini kerana, orang yg dihukum dgn sebatan secara Islam itu perlu ditangkap, disiasat dan diadili di bawah sistem perundangan yg berdaulat dan adil. Soalnya, mampukah keadilan tertegak dgn keupayaan dan kedudukan institusi kehakiman syarak yg ada kini?

4. Diakui, sebatan secara Islam memang tidak menyakitkan fizikal. Namun begitu, jika orang yg dihukum sebat itu dibicarakan dan terhukum dlm suatu sistem perundangan dlm sebuah kerajaan yg korup, tentulah hukuman itu dicemari keraguan. Adilkah hukuman itu? Hukuman yg tidak adil akan mencemarkan maruah sedangkan pemeliharaan maruah adalah salah satu tujuan syariat.

5. Sebatan secara Islam tidaklah sukar utk dilaksanakan. Perkara yg lebih sukar ialah, penegakan keadilan yg bukan bermula drpd detik seseorang ditangkap, tetapi bermula drpd detik kehidupannya sebagai warga kpd sebuah negara. Adakah kehidupannya sebagai warga sudah terbela sehingga melayakkan dia dihukum dgn hukuman syarak jika dia bersalah?

6. Menyebat pesalah secara Islam saja tidak menjadikan hukuman sebat menepati syariat dan hukuman itu sudah boleh dilabel hukum Islam. Sekadar berkhatan tidak menjadikan seseorang beragama Islam. Hukuman sebatan secara Islam perlu berjalan serentak dgn pelaksanaan Islam secara syumul utl menjamin tertegaknya keadilan dgn hukuman itu.

7. Hukuman sebat tidak seharusnya terlaksana secara terasing drpd keseluruhan sistem yg berjalan dlm negara. Perhatikan pelaksanaannya pada zaman rasul dan para sahabat; siapa ketua negaranya, siapa hakimnya, bagaimana ekonominya, bagaimana keadilannya, bagaimana kehidupan pemimpinnya, bagaimana akhlak mereka...?

8. Mengapa nak ambil sebat saja secara Islam? Pengurusan hutan secara Islam tak mahu ambil? Oh ya, baru teringat, Madinah tak ada hutan balak...!


Demikianlah Artikel SEBATAN SECARA ISLAM?

Sekianlah artikel SEBATAN SECARA ISLAM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SEBATAN SECARA ISLAM? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/sebatan-secara-islam.html

Subscribe to receive free email updates: