Siapa lantikan Agong nasihati persempadanan semula SPR?

Siapa lantikan Agong nasihati persempadanan semula SPR? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa lantikan Agong nasihati persempadanan semula SPR?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa lantikan Agong nasihati persempadanan semula SPR?
link : Siapa lantikan Agong nasihati persempadanan semula SPR?

Baca juga


Siapa lantikan Agong nasihati persempadanan semula SPR?

MALAYSIAKINI


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mahu kerajaan mendedahkan nama dua penasihat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menasihati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula.

Wan Azizah berkata, pelantikan kedua-dua penasihat itu untuk persempadanan semula adalah tuntutan perlembagaan di bawah Perkara 115 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini penting kerana nasihat dua pakar tersebut merupakan asas kepada keperluan proses persempadanan semula.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perkara 115 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa suruhanjaya hendaklah meminta nasihat daripada dua orang pegawai kerajaan persekutuan yang mempunyai pengetahuan khas mengenai topografi dan taburan penduduk dalam unit kajian semula bagi pilihan raya persekutuan.

Ia juga menyatakan pegawai berkenaan hendaklah dipilih bagi maksud itu oleh Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, Wan Azizah mahu Putrajaya dan SPR untuk telus dalam perkara itu.

“Memandangkan ini adalah tuntutan Perlembagaan, ia perlu dijelaskan dengan tuntas.

“Saya gesa proses persempadanan semula ini dihentikan sehingga perkara ini dijelaskan kepada rakyat,” katanya.

Menurut Wan Azizah, jika SPR gagal untuk menjelaskannya, beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini ke perhatian Yang di-Pertuan Agong.



Demikianlah Artikel Siapa lantikan Agong nasihati persempadanan semula SPR?

Sekianlah artikel Siapa lantikan Agong nasihati persempadanan semula SPR? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa lantikan Agong nasihati persempadanan semula SPR? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/siapa-lantikan-agong-nasihati.html

Subscribe to receive free email updates: