PAS umum 'tutup pintu' pada PPBM - Hadi Awang

PAS umum 'tutup pintu' pada PPBM - Hadi Awang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS umum 'tutup pintu' pada PPBM - Hadi Awang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS umum 'tutup pintu' pada PPBM - Hadi Awang
link : PAS umum 'tutup pintu' pada PPBM - Hadi Awang

Baca juga


PAS umum 'tutup pintu' pada PPBM - Hadi Awang

Oleh Ainor Rahim & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberitahu partinya 'menutup pintu' kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Ujarnya, PAS sudahpun menilai dan mendapati PPBM adalah sebuah parti yang tiada hala tuju atau pimpinan yang jelas.
 
"Kita parti yang sama. Kita tak boleh layan parti yang tak samar-samar. Kita sudah nilaian, parti Pribumi (PPBM) (adalah) parti yang tiada ketentuan arah. 
 
"Takde ketentuan arah dan pemimpin pun tidak tahu siapa. Siapa imam, siapa makmum. Sebab itu kita sudah buat keputusan tidak ada hubungan dengan parti itu," ujar Hadi dalam sidang media selepas merasmikan Mukatamar PAS kali ke-63, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, sebentar tadi.
 
Penegasan Ahli Parlimen Marang itu sekaligus menamatkan segala spekulasi sebelum bahawa dua parti itu mungkin akan berkerjasama menuju pilihan raya umum akan datang.
 
Hubungan PAS-PPBM pada mulanya agak lancar, dengan kedua-dua parti beberapa kali berkongsi pentas ceramah, sehinggalah parti tajaan Tun Dr Mahathir Mohamad itu memutuskan menyertai Pakatan Harapan (PH), 20 Mac lalu.
 
PAS sebelum itu menyatakan, partinya tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
 
Dalam sidang media yang sama, Hadi bertegas sasaran untuk memenangi 40 kerusi adalah pilihan raya akan datang adalah 'berpijak di bumi yang nyata'.
 
"Kita adalah parti yang berpijak kepada alam kenyataan. Kita mempunyai cawangan kawasan 165 daripada 222 kawasan Parlimen, seluruh negara. Kita letakkan 40 kerusi itu tidak ekstrem. Kita rasakan itu sederhana dibanding dengan 165 kawasan kita. 
 
"Parti lain tiada kawasan, tiada cawangan. Bahkan di masa lalu mereka bergantung dengan jentera PAS. Jentera PAS di seluruh negara yang bergerak. Mereka tiada jentera. Mereka lebih berpolitik secara 'wabak'. Tiada cawangannya dia 'wabakkan di kaki lima'," tambahnya.
 




Demikianlah Artikel PAS umum 'tutup pintu' pada PPBM - Hadi Awang

Sekianlah artikel PAS umum 'tutup pintu' pada PPBM - Hadi Awang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS umum 'tutup pintu' pada PPBM - Hadi Awang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/pas-umum-tutup-pintu-pada-ppbm-hadi.html

Subscribe to receive free email updates: