Judul : Disangka 'Gadis Jelita' Bermotosikal Kuasa Tinggi, Rupa-rupanya...
link : Disangka 'Gadis Jelita' Bermotosikal Kuasa Tinggi, Rupa-rupanya...
Disangka 'Gadis Jelita' Bermotosikal Kuasa Tinggi, Rupa-rupanya...
Siapa yang tidak terpesona melihat raut wajah gadis jelita berusia 20an ini yang selesa mengendalikan motosikal berkuasa tinggi.
Barangkali faktor itu menyebabkan pemegang akaun @azusagakuyuki berjaya menarik ribuan pengikut dalam masa singkat, sehingga mencapai 17,4000 dalam tempoh dua tahun sejak akaun itu diwujudkan.
Berdasarkan gambar dan ciapan yang dikongsikan melalui akaun tersebut, pemiliknya kelihatan seperti gadis Jepun muda, cantik, lemah lembut, dan pada masa yang sama, mempunyai minat yang mendalam terhadap jentera beroda dua berkuasa tinggi.
Curiga dengan keadaan itu, media Jepun cuba mengesan dan menjejak pemilik sebenar akaun tersebut.
Akhirnya, terbongkar kisah sebenar gadis bermotosikal yang menjadi idola ramai jejaka ini.
Media Jepun mendedahkan bahawa 'gadis jelita' itu sebenarnya seorang lelaki Jepun berusia 50an yang tampil jelita hasil penggunaan aplikasi telefon pintar.
Semuanya nampak normal, sehinggalah bayangan wajah 'rupawan' yang muncul pada cermin sisi motosikal ditungganginya kelihatan seperti seorang lelaki.みなさーん٩( ˆoˆ )۶
— 宗谷の蒼氷 (@azusagakuyuki) February 10, 2021
おバイクしてますかぁ✨💖
もうすぐ春ですよ🌷🌼🌸
年齢:昭和の○○○
身長:166
住み:イバラキ🍠
大好き:バイクいじり😘
一言: Life is once, play this world#バイク乗りと繋がりたい #バイク乗りとして軽く自己紹介 pic.twitter.com/t28mZmJ4vg
Alasannya? Tiada siapa yang akan berminat melihat wajah seorang ‘pak cik’ tua yang mempunyai hobi seperti itu.
Tetapi, anehnya, biarpun media sudah melakukan pendedahan tersebut, pak cik ini masih terus aktif berkongsi gambar, dan pengalaman berkonvoi menggunakan wajah si jelita.
Malah, lebih aneh lagi, akaun media sosialnya masih menjadi tarikan ramai peminat.
Sumber: AstroAwani
Demikianlah Artikel Disangka 'Gadis Jelita' Bermotosikal Kuasa Tinggi, Rupa-rupanya...
Sekianlah artikel Disangka 'Gadis Jelita' Bermotosikal Kuasa Tinggi, Rupa-rupanya... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Disangka 'Gadis Jelita' Bermotosikal Kuasa Tinggi, Rupa-rupanya... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/03/disangka-gadis-jelita-bermotosikal.html