Benarkah Tukar PM Sebabkan Pasaran Saham Meningkat?.. Ini Jawapannya.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah Tukar PM Sebabkan Pasaran Saham Meningkat?.. Ini Jawapannya.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Benarkah Tukar PM Sebabkan Pasaran Saham Meningkat?.. Ini Jawapannya..link :
Benarkah Tukar PM Sebabkan Pasaran Saham Meningkat?.. Ini Jawapannya..
Baca juga
Benarkah Tukar PM Sebabkan Pasaran Saham Meningkat?.. Ini Jawapannya..
Kenaikan pasaran saham baru-baru ini ketika negara berdepan pergolakan politik dan ketidaktentuan ekonomi mungkin cerminan daripada ramalan positif bagi pasaran Asia dengan sokongan kuat daripada saham-saham minyak dan teknologi.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) meningkat lebih tinggi bagi lima sesi berturut-turut, mencatat lebih dari 80 mata.
Ia kini menjadi trend di atas titik rintangan 1.565 dan kelihatan positif bagi pelabur.
Namun ketika beberapa ahli politik mengaitkan kenaikan itu dengan perubahan kepimpinan negara, ia sebenarnya tidak benar sama sekali.
Sebagai pengeksport minyak mentah, harga minyak mempengaruhi pasaran kewangan Malaysia.
Saham minyak kembali menyaksikan kenaikan, dengan harga penanda aras global meningkat melebihi AS$70 setong, menjadikan sentimen positif dalam bursa saham tempatan.
Selain itu, wujud juga peningkatan keyakinan pada gambaran tawaran-permintaan, menjadikan harga tetap tinggi selain meningkatkan keyakinan pelabur.
Sejak dua tahun lalu, minyak mentah bergerak dengan dua faktor: penularan Covid-19 dan keputusan-keputusan yang ditetapkan OPEC dan sekutunya berhubung peningkatan dan pengurangan pengeluaran.
Namun hakikatnya, kenaikan yang dilihat berlaku sejak kebelakangan ini tidak sepenuhnya menampung kerugian dan aliran keluar dihadapinya.
Pasaran saham Malaysia l mencatat aliran keluar luar biasa selama 25 bulan berturut-turut dan ketinggalan berbanding rakan serantau, menyebabkan penurunan sebanyak 8% setakat tahun ini sementara penanda aras di Indonesia, Thailand, dan Singapura masing-masing memperoleh sekitar 1%, 5%, dan 11%.
Kelembapan ekonomi negara sejak sedekad lalu boleh disimpulkan kepada beberapa kata kunci, termasuk kegagalan teruk 1MDB, ketidakstabilan politik yang berterusan, Covid-19 dan dasar yang lemah oleh pentadbiran negara.
Peranan skandal 1MDB adalah bukti hubungan antara aliran keluar dana asing dan perubahan penanda aras bursa Malaysia antara 2014 dan 2020.
Namun wujud juga persoalan persepsi berhubung kestabilan politik, terutama selepas Covid-19 melanda dunia.
Sejak awal lagi, kerajaan terpaksa memerangi wabak itu dan dalam masa sama berdepan pelbagai kempen untuk menjatuhkannya ekoran majoriti rapuh yang dimilikinya.
Terdapat juga persoalan sama ada kenaikan di KLCI ketika ini satu perubahan yang benar-benar seperti apa diharapkan ramai, atau hanya berdasarkan sentimen.
Warga asing memegang sekurang-kurangnya 40% hutang negara, oleh kerana itu, persepsi pelabur adalah sangat penting.
Sewaktu pandemik, wang asing mengalir ke luar negara dan ketidakstabilan politik pula mengganggu perancangan ekonomi dan membuntukan usaha-usaha reformasi institusi.
Langkah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dilihat melibatkan pembangkang dalam pentadbirannya memberikan satu gambaran kestabilan politik namun ia tidak akan mengubah persepsi pasaran saham bahawa landskap politik negara akan terus retak, dengan ketidakpastian berhubung persoalan polisi kerajaan.
Hal ini menyebabkan ia kekal menjadi permasalahan utama.
Buat masa ini, perdana menteri baru tidak dapat melakukan banyak perkara bagi memastikan kestabilan politik dalam negara.
Persoalan adakah kenaikan pasaran kewangan Malaysia dapat dipertahankan di sebalik semua situasi itu masih belum dapat diramalkan.
Namun untuk mengaitkannya dengan pertukaran kerajaan baru-baru ini adalah satu pandangan yang dangkal sedangkan semua faktor yang menyumbang kepada ketidakpastian politik masa lalu masih berlaku ketika ini.
Dalam pada itu, berita baik yang dapat diraikan adalah kempen vaksinasi yang berjaya di seluruh negara, ia bermaksud sasaran negara untuk mencapai imuniti kelompok akan segera dapat direalisasikan, membolehkan semua sektor ekonomi dibuka semula ~
MalaysiaNow
Demikianlah Artikel Benarkah Tukar PM Sebabkan Pasaran Saham Meningkat?.. Ini Jawapannya..
Sekianlah artikel Benarkah Tukar PM Sebabkan Pasaran Saham Meningkat?.. Ini Jawapannya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Benarkah Tukar PM Sebabkan Pasaran Saham Meningkat?.. Ini Jawapannya.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/benarkah-tukar-pm-sebabkan-pasaran.html