Akan Berkuburkah Perikatan Nasional Selepas PRU15? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akan Berkuburkah Perikatan Nasional Selepas PRU15?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Akan Berkuburkah Perikatan Nasional Selepas PRU15?link :
Akan Berkuburkah Perikatan Nasional Selepas PRU15?
Baca juga
Akan Berkuburkah Perikatan Nasional Selepas PRU15?
RUNDINGAN kerusi dan hubungan rapuh dengan Umno antara faktor penentu nasib Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis politik.
Masa depan gabungan itu akan banyak bergantung pada cara Muhyiddin Yassin mengemudi hubungan PN dengan Umno, serta PAS yang juga komponen gabungan itu, kata Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar.
“Sekarang ini bergantung pada kedudukan Umno. Kalau tiga parti Melayu (Umno, Bersatu, dan PAS) tidak berpecah, PN boleh bertahan selepas PRU15.
“Saya bayangkan keadaan ini sukar untuk dicapai kerana pendirian politik Umno, yang menyebabkan Muhyiddin tersingkir sebagai perdana menteri,” katanya.
Hisomuddin merujuk tindakan 14 ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin awal bulan ini sehingga membawa kepada peletakan jawatannya sebagai perdana menteri pada 16 Ogos.
Menurut Hisomuddin, hala tuju PAS juga masih belum jelas ketika parti Islam itu kini menganggotai PN tetapi pada masa sama menjalin kerjasama dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).
“Adakah PAS akan kekal dengan Bersatu atau memilih untuk mengukuhkan hubungan dalam Muafakat dengan Umno. Petunjuk ini perlu dilihat.
“Kalau PAS dan mana-mana komponen PN setia dan kekal dalam gabungan itu, PN boleh terus hidup. Kalau ada yang keluar, PN akan terkubur,” kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insight.
Muhyiddin, 74, jadi perdana menteri pada Mac 2020 selepas membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) sementara pada masa sama sekumpulan ahli Parlimen PKR keluar parti.
Perkembangan itu membawa kepada peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan jatuhnya pentadbiran PH, yang digantikan sebuah kerajaan baharu pimpinan Muhyiddin.
Muhyiddin bagaimanapun tidak dapat sokongan penuh Umno yang tidak berpuas hati kerana menganggap pimpinan parti itu diketepikan daripada jawatan utama. Umno juga menganggap dipermainkan oleh Bersatu dan PN dalam pilihan raya negeri Sabah.
Kemuncaknya, sekumpulan ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri sehingga terpaksa letak jawatan, lebih 17 bulan selepas menerajui sebuah kerajaan yang rapuh.
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob kemudian dilantik perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat sokongan majoriti 114 ahli Parlimen melalui surat akuan bersumpah.
Menurut Hisomuddin walaupun Muhyiddin dan Bersatu menyokong Ismail Sabri, ia bukan petunjuk Bersatu dan Umno sudah mencapai kata sepakat menuju pilihan raya umum akan datang.
“Cabaran utama Bersatu dalam PRU15 ialah mempunyai strategi untuk bertanding cukup kerusi yang boleh mereka menang.
“Rundingan kerusi mungkin susah sebab sekarang Barisan Nasional (BN) yang kawal kerajaan. Umno tentu akan menguasai rundingan terutamanya kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu.
“Bersatu dan PAS perlu ada jumlah kerusi yang cukup untuk pastikan mereka terus relevan selepas PRU15.
“Kalau PN gagal untuk berunding dan kemudian bersaing dengan Umno, PN akan susah hendak pertahan pencapaiannya sekarang dalam pilihan raya akan datang,” tambah Hisomuddin.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis Oh Ei Sun berkata PN sekarang bukan lagi pembuat keputusan utama, biarpun beberapa pimpinan parti menegaskan kerajaan Ismail Sabri hanya bertukar perdana menteri dan masih lagi kerajaan PN.
Katanya, walaupun PN masih sebahagian daripada kerajaan, ia bukan lagi jadi teraju.
“Mereka sekarang duduk di kerusi penumpang. Itu bezanya sekarang, sampailah pilihan raya akan datang,” katanya.
Oh juga percaya Umno tidak akan mudah menyerahkan kerusinya untuk ditandingi oleh Bersatu.
“Kalau boleh menang buat apa beri kepada PN atau Bersatu?
“Malangnya Bersatu bukan parti dengan akar umbi yang kuat. Umno akan kata mereka yang lebih ada jentera akar umbi dan kerana itu mereka yang patut bertanding (bukannya Bersatu,” tambahnya.
Atas sebab itu, Oh kurang optimis PN akan terus bernyawa selepas PRU15.
Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah Dr Lee Kuok Tiung pula berpendapat PN perlu mengukuhkan gabungannya untuk kekal relevan.
PN pada masa ini dianggotai Bersatu, PAS, dan Gerakan serta dua parti di Sabah iaitu iaitu Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
Selain Bersatu dan PAS, semua parti lain dianggap tunggul mati.
“Gerakan dan SAPP kalah teruk dalam PRU14.
“Jadi PN perlu kukuhkan gabungannya dengan misalnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.
GPS dan PBS mendukung kerajaan PN pimpinan Muhyiddin dan meneruskan sokongan kepada Ismail Sabri.
PN juga kurang pimpinan barisan kedua yang boleh menggantikan pemimpin utama, tidak seperti Umno.
“Masalah utama Umno ialah pemimpinnya yang ada kes di mahkamah dilihat sebagai beban untuk parti bergerak maju,” tambah Lee lapor
The Malaysian Insight
Demikianlah Artikel Akan Berkuburkah Perikatan Nasional Selepas PRU15?
Sekianlah artikel Akan Berkuburkah Perikatan Nasional Selepas PRU15? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akan Berkuburkah Perikatan Nasional Selepas PRU15? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/akan-berkuburkah-perikatan-nasional.html