Judul : Ribut landa kawasan Muktamar PAS, 18 dilapor cedera
link : Ribut landa kawasan Muktamar PAS, 18 dilapor cedera
Ribut landa kawasan Muktamar PAS, 18 dilapor cedera
MALAYSIAKINISekumpulan orang dilaporkan cedera selepas ribut melanda khemah di kawasan berlangsung Muktamar tahunan PAS di Alor Setar awal malam tadi.
"Gerai (terjejas). Khemah telah dilanda ribut," kata Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan kepada wartawan melalui mesej WhatsApp.
Menurut Penolong Pengusaha Bomba,Mohamad Firdaus Isa, sekurang-kurangnya 18 orang cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7 malam tadi.
Seramai 13 orang dihantar ke hospital, manakala lima yang lain dirawat sebagai pesakit luar di lokasi kejadian.
Sementara itu, ambulan dan jentera pemadam kebakaran dilihat tiba di tempat kejadian yang telah ditutup kepada orang ramai.
Kakitangan yang bertugas berkata, semua program yang dijadual pada malam ini dibatalkan, kecuali majlis makan malam.
Demikianlah Artikel Ribut landa kawasan Muktamar PAS, 18 dilapor cedera
Sekianlah artikel Ribut landa kawasan Muktamar PAS, 18 dilapor cedera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ribut landa kawasan Muktamar PAS, 18 dilapor cedera dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/ribut-landa-kawasan-muktamar-pas-18.html