Tan Sri antara 5 ditahan disyaki seleweng projek JPS

Tan Sri antara 5 ditahan disyaki seleweng projek JPS - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tan Sri antara 5 ditahan disyaki seleweng projek JPS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tan Sri antara 5 ditahan disyaki seleweng projek JPS
link : Tan Sri antara 5 ditahan disyaki seleweng projek JPS

Baca juga


Tan Sri antara 5 ditahan disyaki seleweng projek JPS


Seorang ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah dalam projek melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Azam Baki berkata Tan Sri berusia 60 tahun itu ditahan di kediamannya di Johor hari ini.

"Selain menahan suspek (Tan Sri), kami juga menahan empat pegawai JPS bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Azam berkata tiga suspek ditahan di ibu pejabat JPS di Putrajaya manakala seorang lagi suspek yang merupakan pesara jabatan itu ditahan di kediamannya di Seremban, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Empat pegawai JPS itu merupakan bekas pengarah Bahagian Projek Khas, jurutera tempatan, jurutera tapak dan penolong jurutera.

Azam berkata kemungkinan lebih ramai lagi ditahan dalam masa terdekat.

Menurut sumber, kesemua pegawai JPS yang ditahan disyaki bersubahat dengan Tan Sri itu yang merupakan pemilik syarikat dilantik untuk membekalkan alat 'geotube' bagi projek JPS, membabitkan kerja pemulihan sungai dengan menggunakan kaedah penggalian.

"Suspek telah mengemukakan invois hampir RM13 juta bagi pembekalan sebanyak 358 unit geotube sedangkan pembekalan yang dibuat hanya sebanyak 89 unit yang hanya bernilai kira-kira RM4 juta.

"Disebabkan perbuatan mereka yang menyalahgunakan kedudukan mereka bagi kepentingan diri sendiri telah mengakibatkan kerugian hampir RM9 juta kepada kerajaan.

Kesemua suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok untuk direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda, mengikut mana yang tinggi. -Bernama




Demikianlah Artikel Tan Sri antara 5 ditahan disyaki seleweng projek JPS

Sekianlah artikel Tan Sri antara 5 ditahan disyaki seleweng projek JPS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tan Sri antara 5 ditahan disyaki seleweng projek JPS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/tan-sri-antara-5-ditahan-disyaki.html

Subscribe to receive free email updates: