Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang

Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang
link : Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang

Baca juga


Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang


Jangan terhegeh-hegeh di depan pintu gol, atau PAS akan bertindak 'menendang' sesiapa yang mengganggu mereka membuat jaringan - itu analogi diberi seorang perwakilan hari ini.

Perwakilan Kelantan, Abdullah Yaakob, berkata matlamat parti itu ketika ini tetap melawan Umno namun ia akan terganggu jika ada mana-mana pihak berada di antara kedua-dua parti tersebut.

"Kita (PAS) nak tendang bola ke gol. Tapi kalau kamu terhegeh-hegeh ada depan gol semasa kami nak tendang bola, macam mana?

"Kami kena tendang kamu dulu baru kami tendang bola tu ke gol.

"Kita lawan Umno tapi kamu jangan terhegeh-hegeh di depan gol," katanya secara berkias semasa membahas ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada satu lagi parti pembangkang, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang menyatakan secara jelas mahu merampas Kelantan daripada PAS.

Kempen itu diketuai beberapa bekas pemimpin kanan PAS, termasuk Datuk Husam Musa yang pernah
menjadi naib presiden parti itu, serta Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang pernah menjadi speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Sementara itu Abdullah berkata PAS ketika ini bermusuh dengan DAP saja dan bukannya dengan seluruh orang Cina, India atau lain-lain.

"Kita bermusuh dengan DAP. Dengan kaum Cina, India, orang asli kita tidak bermusuh," katanya.

Abdullah berkata amalan itu terbukti di Kelantan apabila kerajaan tetap menjaga kepentingan orang bukan Melayu dan bukan Islam walaupun peratusan mereka kecil di negeri berkenaan.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan negeri memberi bantuan kewangan kepada golongan usia emas atau sumbangan lain kepada sesiapa saja yang dirasakan berhak tanpa mengira agama atau kaum.

Menurut Abdullah yang juga speker DUN Kelantan ketika ini, penyokong PAS di kalangan orang bukan Islam perlu menyebarkan kefahaman berkenaan dengan lebih meluas.

"Tiada sebab untuk orang bukan Islam takut kepada PAS," katanya.




Demikianlah Artikel Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang

Sekianlah artikel Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usah terhegeh-hegeh jika tak mahu ditendang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/usah-terhegeh-hegeh-jika-tak-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: